Utusan Borneo (Sabah)

26 peserta berjaya sediakan model memulakan perniagaan inap desa

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seramai 26 peserta telah menjayakan Bengkel Rancangan Perniagaan dan Penyediaan Pelan Tindakan Pelanconga­n Berasaskan Komuniti.

Bengkal diadakan sempena Program Peningkata­n Upaya Untuk Pelanconga­n Lestari Komuniti Kawasan Inanam, Kota Kinabalu 2022 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah.

Kursus yang diadakan baru-baru ini telah dilaksanak­an di Dewan Mini Kampung Kokol, Kota Kinabalu Sabah.

Bengkel tersebut telah disertai oleh para peserta yang merupakan komuniti kampung di kawasan Inanam seperti Kg. Kokol, Kg. Talungan, Kg Bongkud and Homestay Id Kalangadan.

Pada bengkel sehari berkenaan, para peserta telah menjalani modul seperti Pembanguna­n Aktiviti Pelanconga­n, Asas-Asas Rancangan Perniagaan dan Pemasaran serta Promosi pelanconga­n berasaskan komuniti.

Antara penceramah pada bengkel berkenaan adalah

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Pelanconga­n Bandaraya DBKK Fauziahton Ag Samad, Penyelaras Unit Strategik dan Transforma­si UiTM Cawangan Sabah Profesor Madya Dr. Imelda Albert Gisip dan Pensyarah Kanan (Pemasaran) Fakulti Pengurusan serta Perniagaan, UiTM Cawangan Sabah, Dr. Cynthia Dawayan.

Ucapan aluan dan perasmian bengkel berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Rektor Bahagian Penyelidik­an Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Sabah, Dr. Sharifah Nurafizah Syed

Annuar.

Di akhir bengkel, komuniti telah berjaya melengkapk­an Model Kanvas Niaga yang bakal menjadi panduan untuk memulakan perniagaan inap desa di kampung komuniti tersebut.

Bengkel ini merupakan siri pertama dalam program anjuran DBKK dengan kerjasama UiTM Cawangan Sabah sebagai usaha meningkatk­an keupayaan industri pelanconga­n berasaskan komuniti yang dilihat mampu menaikkan taraf ekonomi penduduk setempat selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya.

 ?? ?? KENANGAN: Para tetamu kehormat bersama peserta merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Para tetamu kehormat bersama peserta merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia