Utusan Borneo (Sabah)

Jangan beri makan, ganggu memerang licin

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya pengunjung di Taman Rekreasi Bukit Padang di sini yang melihat kelibat seekor memerang licin dinasihatk­an supaya tidak memberikan makanan, membelai atau mengganggu haiwan terbabit.

Memerang licin berkenaan didapati begitu jinak dengan pengunjung di sekitar kawasan taman berkenaan selepas video rakaman aksinya bersama pengunjung mula tular di laman sosial.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, hidupan liar terbabit dilindungi di bawah Jadual 2 Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Katanya, populasi memerang di Sabah tidak diketahui tetapi spesies berkenaan dianggap terancam berikutan kemerosota­n habitat, sumber makanan serta pemburuan haram.

Beliau berkata, kebiasaann­ya haiwan terbabit terdapat di kawasan sungai atau tasik dan kewujudann­ya penting sebagai petunjuk untuk habitat sungai yang sihat.

“Jika bertemu dengan memerang seperti yang terdapat dalam video berkenaan, orang ramai dinasihatk­an untuk tidak menawarkan makanan, membelai atau mengganggu­nya.

“Ini bagi mengelakka­n sebarang penularan penyakit dan untuk mengekalka­n kesihatan memerang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu jelasnya, memerang berkenaan juga mungkin boleh menyerang manusia dan ia mempunyai gigi taring yang tajam.

Beliau berkata, kebiasaann­ya memerang memakan haiwan akuatik seperti ikan, ketam dan katak.

Sementara itu, menurut sumber, memerang licin berkenaan dipercayai dibela oleh penduduk kampung bersebelah­an dengan kawasan taman itu dan gemar mengekori orang yang pergi mendaki bukit.

Selalunya haiwan terbabit tahu untuk kembali sendiri ke rumah tuannya selain dilihat suka bermain dengan kanak-kanak dan mesra dengan haiwan lain seperti anjing dan kucing.

Sehingga kini, orang awam * yang melihat kelibat memerang licin itu mudah mesra dan ada yang bermurah hati memberikan­nya makanan seperti ikan.

Memerang licin itu juga dianggap sebagai ikon Bukit Padang.

 ?? ?? JINAK: Tangkap layar video yang merakamkan aksi memerang licin yang jinak bersama pengunjung di Taman Rekreasi Bukit Padang.
JINAK: Tangkap layar video yang merakamkan aksi memerang licin yang jinak bersama pengunjung di Taman Rekreasi Bukit Padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia