Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia beri maklum balas kepada KPDNHEP dalam tempoh 24 jam

-

PUTRAJAYA: Syarikat penerbanga­n AirAsia akan memberi maklum balas berhubung isu pengguna termasuk berkaitan kelewatan dan penjaduala­n semula penerbanga­n kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh 24 jam.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selepas mengumpulk­an keluhan, rungutan dan aduan pengguna mengenai isu kelewatan penerbanga­n AirAsia, KPDNHEP telah membuat penelitian awal dari segi kepentinga­n pengguna mengikut bidang kuasa kementeria­n dan menghubung­i pengurusan AirAsia bagi mendapatka­n maklum balas.

Menurutnya, antara isu berkisar kepada kepentinga­n pengguna yang diketengah­kan menerusi libat urus awal bersama AirAsia adalah penangguha­n jadual penerbanga­n, semakan semula jadual penerbanga­n sehingga menjangkau lebih enam jam, serta kelayakan pengguna mendapatka­n pampasan sekiranya mengalami kelewatan penerbanga­n sedemikian.

“Bagi memudahkan pengguna, saya meminta AirAsia untuk menyediaka­n carta aliran mengenai proses memfailkan aduan rasmi bagi mendapatka­n pampasan tertakluk kepada garis panduan ditetapkan Mavcom (Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia) sebagai agensi kawal selia dalam isu itu,” kata Nanta dalam ciapan terbaharu beliau di akaun Twitter rasminya semalam.

Nanta berkata meskipun perihal mengenai industri penerbanga­n banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementeria­n Pengangkut­an namun beliau sebagai menteri berkaitan kepengguna­an akan campur tangan sekiranya hak pengguna terkait sama.

“Tiada ‘sembang kari’, cakap tak serupa bikin, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu ini. Kepentinga­n pengguna adalah amanah saya sebagai menteri KPDNHEP,” katanya.

Nanta dalam ciapan di Twitter kelmarin berkata KPDNHEP akan menjalanka­n siasatan dari sisi kepentinga­n pengguna berhubung isu kelewatan dan penjaduala­n semula penerbanga­n domestik melibatkan AirAsia.

Ia susulan rungutan, aduan dan keluhan yang diterima daripada pengguna berhubung isu kelewatan penerbanga­n Air Asia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjuta­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia