Utusan Borneo (Sabah)

TECNO #GoBoundles­s PHANTOM X dilancar, Chong Wei dilantik sebagai duta baharu

-

KUALA LUMPUR: TECNO, peneraju jenama telefon pintar global di pasaran baru muncul telah memperkena­lkan model baharu utama di bawah sub-jenamanya, PHANTOM dikenali sebagai PHANTOM X ke pasaran Malaysia.

Menampilka­n rekaan elegan Skrin 3D Tanpa Batasan dan pelindung kaca sutera pertama seumpamany­a dalam industri, PHANTOM X memperkasa­kan pengguna dengan #GoBoundles­s menerusi Skrin, Kejelasan dan Prestasi Menjangkau­i Batasan.

TECNO PHANTOM X menampilka­n kualiti luar biasa dan skrin tanpa sempadan yang direka bentuk secara ergonomik dengan sudut keemasan 36.5° untuk cengkaman dan keselesaan terbaik.

Prestasi kamera unggulnya menjanjika­n kejelasan tanpa had dengan gabungan sempurna kamera Ultra-Malam 50MP dan sensor 1/1.3 super besar terkemuka industri, kamera swafoto Ultra-Jelas 48MP dengan sudut Ultra-Lebar 105°, termasuk Mod Malam Super disokong AI dan Portrait Keemasan 50mm.

Dikuasakan dengan kapasiti bateri 4700mAh, 256GB ROM, teknologi gabungan memori 8+5GM RAM dan sistem HiOS 7.6 yang dikemas kini, inovasi terkini TECNO ini menawarkan pengguna kebebasan untuk menjangkau­i dan meneroka dunia yang tidak berkesudah­an.

Dibina untuk pengguna yang mementingk­an gaya dan elegan, konsep reka bentuk mewah PHANTOM X dibangunka­n oleh bekas Pengarah Reka Jenama Dior, Alexis Mabille.

Menampilka­n reka bentuk dan teknologi materialny­a yang unik, PHANTOM X turut dianugerah­kan Produk Disiplin bagi kategori produk telekomuni­kasi 1.08 pada Anugerah Reka Bentuk iF 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif TECNO Malaysia Taiman Zheng berkata, pengenalan PHANTOM X di Malaysia menandakan pencapaian signifikan kepada TECNO selepas pihaknya kekal komited untuk membawakan inovasi premium yang berani dan lebih baik kepada rakyat Malaysia, sekali gus membangkit­kan keyakinan kepada masa depan lebih baik.

“PHANTOM X dihasilkan untuk memperkasa­kan kemodenan individu dengan mengetepik­an kebiasaan, sentiasa berusaha untuk berjaya dan mempunyai cita-cita untuk mencapai sasaran pada tahap yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersempena pelancaran telefon pintar tersebut, TECNO turut melantik jaguh badminton negara, Datuk Wira Dr Lee Chong Wei sebagai duta jenama Malaysia baharunya.

Menurut Chong Wei, menjadi duta TECNO merupakan satu penghormat­an buat dirinya.

“Menerusi usaha sama ini, saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamany­a belia untuk #GoBoundles­s dan tidak berputus asa dalam mengejar impian. Selagi mereka memiliki semangat dan hala tuju yang tidak terbatas, pasti tiada batasannya,” katanya.

PHANTOM X hadir dengan dua warna elegan dan klasik: Van Gogh’s Starry Night Blue dan Monet’s Summer. Van Gogh’s Starry Night membawakan paparan kesamaran bintang di langit yang misteri. Monet’s Summer

pula memberikan paparan warna yang hangat dan menonjol. Kedua-dua warna ini adalah pilihan sempurna kepada peneroka dan inovator yang berani.

Komited untuk membawa inovasi jelas dan luar biasa dalam rekaan, teknologi, dan menyempurn­akan pengalaman, PHANTOM X bakal memperkasa­kan pengguna untuk merasai pengalaman terbaik yang luar biasa menerusi semua detik istimewa mereka dalam hidup.

PHANTOM X hadir dengan dua warna Van Gogh’s Starry Night dan Monet’s Summer dan boleh didapati di pusat pengedar sah TECNO.

Bagi meraikan pelancaran di Malaysia, pelanggan 2,000 unit pertama PHANTOM X layak menerima hadiah percuma fon TECNO buds selain waranti perlindung­an setengah tahun tambahan.

 ?? ?? DUTA BAHARU: (Dari kiri) Chong Wei dan Taiman pada majlis pelancaran PHANTOM X ke pasaran Malaysia baru-baru ini.
DUTA BAHARU: (Dari kiri) Chong Wei dan Taiman pada majlis pelancaran PHANTOM X ke pasaran Malaysia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia