Utusan Borneo (Sabah)

BANJIR BEAUFORT, TENOM MAKIN BURUK

2,066 mangsa dipindahka­n di 21 PPS, 4,526 murid dan 474 terjejas

- Oleh Siti Aisyah Narudin dan Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di dua daerah pedalaman Tenom dan Beaufort bertambah buruk dengan jumlah kampung terjejas dan penduduk dipindahka­n semakin meningkat.

Lebih 2,000 penduduk dari dua daerah berkenaan sudah dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala hujan dilaporkan masih berterusan di beberapa tempat.

Setakat semalam, seramai 4,526 murid dan 474 guru terlibat dengan penutupan sementara sekolah di daerah Beaufort dan Tenom akibat terjejas banjir.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata, sebanyak 23 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah membabitka­n kedua-dua daerah berkenaan tidak beroperasi selepas dilanda banjir.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 17 sekolah ditutup di Beaufort, manakala tujuh sekolah di Tenom termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, kebanyakan sekolah yang terjejas berpunca daripada keadaan kawasan sekolah yang dinaiki air dan laluan utama ke sekolah tidak dapat dilalui.

“Sekolah yang terjejas banjir di Beaufort termasukla­h Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa, SK Lago, SK Pekan Membakut, SK Bangkalala­k, SK Kabajang, SK Batu 60, SK Batandok, SK St John, dan SK Luagan.

“Turut terjejas SK Klias Baru, SK Garama, SK Mempagar, SK Biah Batu 65, SK Suasa, dan SK Lupak, manakala di Tenom membabitka­n SK Gumisi, SK Ladang Sapong, SJKC Yuk Syn, SJKC Pada, SK Inubai, SK Sumambu, dan SK Mandalom,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua sekolah yang terjejas banjir akan menjalanka­n sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) sehingga keadaan selamat untuk kembali ke sekolah.

Sementara itu, Sekretaria­t Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan menyatakan seramai 2,066 mangsa banjir di Tenom dan Beaufort sedang ditempatka­n di 21 PPS di kedua-dua daerah terbabit.

Daripada jumlah itu, Tenom mencatatka­n jumlah mangsa paling tinggi mencecah 1,860 orang daripada 737 keluarga, manakala Beaufort mencatat 206 mangsa daripada 57 keluarga.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dalam laman sosial rasmi pula memaklumka­n banyak kawasan di daerah itu masih terjejas banjir, tambahan pula paras air Sungai Padas berada pada paras bahaya dengan kiraan 9.60 AMSL.

“Banyak jalan terputus akibat banjir dan berbahaya untuk dilalui termasuk Jalan Kampung Binunuk dan Simpang 4 Chan Furniture manakala sejumlah lagi jalan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Sebanyak 55 kampung di sekitar Beaufort serta lima kampung di Membakut turut terjejas banjir,” katanya.

 ?? — Gambar ihsan IPD Beaufort ?? BAHAYA: Antara laluan berbahaya yang tidak boleh dilalui akibat banjir.
— Gambar ihsan IPD Beaufort BAHAYA: Antara laluan berbahaya yang tidak boleh dilalui akibat banjir.
 ?? ?? MISTIRINE
MISTIRINE
 ?? ?? RUNTUH: Laluan menuju SK Rundum dan SK Sumambu Tenom yang terjejas tanah runtuh akibat banjir tidak dapat dilalui.
RUNTUH: Laluan menuju SK Rundum dan SK Sumambu Tenom yang terjejas tanah runtuh akibat banjir tidak dapat dilalui.
 ?? ?? TERJEJAS: Keadaan kawasan sekolah SK Ladang Sapong Tenom yang dinaiki air.
TERJEJAS: Keadaan kawasan sekolah SK Ladang Sapong Tenom yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia