Utusan Borneo (Sabah)

Operasi pindah kargo berbahaya secara STS dipantau ketat

-

LABUAN: Usaha pemindahan kargo berbahaya secara kapal-ke-kapal (STS) dalam had pelabuhan Teluk Victoria di sini, akan dipantau secara ketat dengan mengambil kira aspek impaknya terhadap alam sekitar.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) Datuk P Kamalanath­an Panchanath­an berkata pemantauan ketat sedemikian sememangny­a dilaksanak­an setiap kali aktiviti STS tersebut dijalankan.

“Pemantauan sedemikian amat wajar memandangk­an jarak kawasan himpitan yang dibenarkan bagi pemindahan STS dengan taman marin Pulau Kuraman.

“Malah, kita sama sekali tidak boleh cuai dalam mengendali­kan bahan berbahaya yang berisiko dari segi impak alam sekitar, terutamany­a terhadap ekosistem serta hidupan marin di Pulau Kuraman.

“Oleh itu, pihak pengendali­nya perlu melaksanak­an aspek pengurusan risiko bagi memastikan tiada sebarang kejadian tumpahan minyak ketika dan selepas operasi STS dijalankan,” katanya kepada Bernama.

Kamalanath­an berkata, kerajaan telah meluluskan enam kawasan himpitan bagi tujuan STS yang mencukupi bagi menampung sehingga 12 kapal untuk aktiviti STS pada masa yang sama.

Beliau mengulas kejayaan Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd yang berpangkal­an di sini, mencatat lembaran baharu dalam pengendali­an kargo apabila menjalanka­n operasi pemindahan kargo minyak mentah secara STS buat pertama kalinya di had pelabuhan Teluk Victoria, Labuan, semalam.

Syarikat yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengendali­an kargo gas cecair dan petroleum luar pesisir, telah menerima lesen pertama pada 31 Julai, 2021 bagi mengendali­kan operasi STS membabitka­n produk minyak dan gas cecair dalam had pelabuhan Teluk Victoria di Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Benjamin Bernard Bijion berkata operasi sedemikian akan dijalankan dalam keadaan cuaca yang baik bagi memastikan keselamata­n pemindahan kargo dalam ruang alam sekitar yang ditetapkan.

Menurutnya, syarikat tersebut akan mengendali­kan produk seperti minyak mentah, diesel dan sisa bahan api, pelbagai jenis gas dan petrol, bahan api jet, naphtha dan gas petroleum cecair, gas asli cecair serta gas etana cecair.

“Sebagai penyedia khidmat STS, syarikat ini mempunyai prosedur operasi yang diluluskan serta garis panduan sewajarnya, termasuk pelan tindak balas kecemasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia