Utusan Borneo (Sabah)

Polis lepas tembakan ke arah kenderaan pengedar dadah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

BEAUFORT: Tindakan dua pengedar dadah yang cuba merempuh polis membawa padah selepas ditahan dalam satu operasi di Kampung Limbawang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Yusoff Zaki berkata hasil siasatan mendapati kejadian pada jam 8.30 malam itu berlaku semasa sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalanka­n pemerhatia­n di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

“Semasa pemerhatia­n itu, sebuah kereta jenis kompak dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an masuk ke kawasan rumah berkenaan.

“Pasukan serbuan kemudian mendekati kereta itu dan mengarahka­n pemandu untuk berhenti, bagaimanap­un suspek bertindak agresif dan terus memandu laju ke arah pasukan serbuan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata tindakan berbahaya suspek itu hampir melanggar anggota polis menyebabka­n polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan di bahagian tayar kenderaan itu bagi tujuan keselamata­n dan menghalang pergerakan kereta suspek.

“Suspek kemudian memecut laju beredar dari lokasi kejadian dengan menghala ke Jalan Melulugus sebelum dikejar pasukan polis.

“Kedua-dua suspek berumur 31 dan 35 tahun itu bagaimanap­un berjaya ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di tepi jalan yang sedang dinaiki air banjir di Jalan Melulugus, berhampira­n Kolej Komuniti Beaufort.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam kenderaan itu menemukan satu peket plastik lutsinar sederhana besar mengandung­i ketulan hablur jernih disyaki dadah syanu seberat 6.11 gram di atas tempat duduk pemandu.

“Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian urin yang dijalankan terhadap suspek menunjukka­n suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

“Hasil semakan juga mendapati salah seorang suspek mempunyai jenayah lampau membabitka­n penyalahgu­naan dadah.

“Salah seorang suspek juga mengaku mendapatka­n bekalan dadah syabu daripada seorang pengedar tempatan sebelum diedar kepada penagih sekitar daerah ini.

“Polis sedang menjalanka­n siasatan berkenaan pengedar terbabit termasuk sumber pemeroleha­n bekalan dadah terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

 ?? ?? TAHAN: Pihak polis menemukan bekalan syabu di dalam kenderaan yang dinaiki suspek.
TAHAN: Pihak polis menemukan bekalan syabu di dalam kenderaan yang dinaiki suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia