Utusan Borneo (Sabah)

Polis nafi Kota Marudu, Pitas tersenarai kawasan perintah berkurung

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menegaskan pengisytih­aran perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang diumumkan baru-baru ini, hanya berkuat kuasa di sekitar kawasan perairan tiga batu nautika ke persempada­nan antarabang­sa.

Beliau juga menafikan dakwaan Kota Marudu dan Pitas tersenarai dalam kawasan pengisytih­aran perintah berkurung seperti mana ditularkan baru-baru ini.

Tambahnya, daerah yang terbabit dengan perintah berkurung ialah Beluran, Sandakan, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Semporna serta Tawau.

“Bagaimanap­un timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung perintah berkurung itu melalui gambar infografik yang dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Infografik ini menggunaka­n peta kawasan ESSZONE yang meliputi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sebagai kawasan dikenakan perintah berkurung bermula 10 Mei 2022 sehingga 25 Mei 2022 dan semua penduduk dikehendak­i berada di rumah bermula jam 6 petang sehingga jam 6 pagi.

“Turut digunakan di dalam info terbabit adalah logo ESSCOM dan kita menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang ditularkan ini,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu semua penduduk di daerah ESSZONE dikenakan perintah berkurung dan dikehendak­i berada di rumah mengikut masa ditetapkan seperti dijelaskan dalam kenyataan berkenaan.

“Polis bagaimanap­un sudah menerima satu laporan polis berkaitan infografik yang ditularkan ini.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau menasihatk­an orang ramai agar tidak menyebarka­n berita yang tidak sahih atau palsu kerana kesalahan ini boleh didakwa mengikut kedua-dua seksyen yang dinyatakan.

 ?? ?? JAUTEH
JAUTEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia