Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Piala SAFA antara kelab bulan depan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan menganjurk­an Kejohanan Piala SAFA Antara Kelab-Kelab bulan depan.

Ia akan dikendalik­an Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan (JKPT) SAFA susulan kejayaan menganjurk­an dua kejohanan sebelum iaitu Piala BMR Bawah 18 tahun lalu dan Piala Sabah merebut piala Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor pada Mac lepas.

Pengerusi jawatankua­sa itu yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, berkata pertanding­an di peringkat lapan zon dijangka bermula pertengaha­n bulan depan.

Katanya, zon terbabit ialah Pantai Barat, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Atas, Zon Tengah, Pantai Timur Utara dan Pantai

Timur Selatan.

“Sehingga ini, pengerusi penyelaras lima zon iaitu Pantai Barat Selatan, Pedalaman Atas, Pantai Barat, Pantai Barat Utara dan Pantai Barat Timur sudah diberi taklimat mengenai penganjura­n kejohanan itu. Manakala tiga lagi zon, Pantai Timur Utara, Pantai Timur Selatan dan Zon Tengah akan diberi taklimat serupa dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut beliau, kelabkelab yang ingin menyertai kejohanan tersebut mestilah berdaftar di SAFA daerah mengikut lokasi masing-masing dengan membayar yuran pendaftara­n sebanyak RM500 selain membayar yuran penyertaan RM4,500 kepada SAFA pusat.

Azman memberitah­u, kelab-kelab juga dikehendak­i berhubung terus dengan pengerusi-pengerusi dan jawatankua­sa di peringkat zon masing-masing yang dipertangg­ungjawabka­n oleh JPKT.

“Kita percaya jawatankua­sa pertanding­an di peringkat zon mampu menggalas tanggungja­wab yang diberikan berdasarka­n kejayaan menganjurk­an dua kejohanan sebelum ini.

“Peranan yang dimainkan oleh mereka sangat baik dan JKPT SAFA berpuas hati dan yakin mereka sudah tentu boleh menarik minat kelab-kelab di daerah masing-masing untuk menyertai kejohanan itu,” ujarnya.

Penolong Setiausaha Agung SAFA itu berkata, kejohanan ini memberi peluang kepada kelab-kelab bola sepak di seluruh Sabah mengambil bahagian dan berharap mereka tidak melepaskan peluang tersebut.

Katanya, ini adalah masa terbaik untuk kelab-kelab bola sepak di negeri ini kembali aktif dalam sukan itu selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19.

Azman menjelaska­n, kejohanan itu menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai untuk dimenangi sebanyak RM100,000 bagi juara, naib juara (RM50,000) dan ketiga (RM20,000) beserta dengan medal.

Pertanding­an di peringkat zon pula katanya, juara akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, naib juara (RM3,000) dan ketiga (RM2,000) beserta medal.

Juara dan naib juara peringkat zon akan layak bertanding di grand final kejohanan itu di Kota Kinabalu yang dijadual pada Julai ini.

“Ini bermakna sebanyak 16 pasukan mewakili lapan zon dijangka berentap di grand final,” kata Azman lagi.

Selain menerima hadiah lumayan, pasukan juara dan naib juara Kejohanan Piala SAFA Antara Kelab-Kelab itu akan mewakili Sabah ke Liga Amatur (M3) anjuran AFL.

 ?? ?? BINCANG: Azman mempengeru­sikan mesyuarat dengan pengerusi-pengerusi Zon Pantai Barat, Pantai Barat Utara dan Pantai Barat Timur di pejabat SAFA.
BINCANG: Azman mempengeru­sikan mesyuarat dengan pengerusi-pengerusi Zon Pantai Barat, Pantai Barat Utara dan Pantai Barat Timur di pejabat SAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia