Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kaamatan KDCA Johor beri peluang masyarakat kenali budaya KDMR

- Oleh Kenneddy Corlleus

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Pesta Kaamatan 2022 merasmikan Pesta Kaamatan KDCA Johor bertempat di Dewan Majodi, Plentong Johor pada Jumaat.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Tebrau, Steven Chong bersama isteri.

Kaamatan KDCA Johor ini dipengerus­ikan oleh Hendrick Utoi yang mana pengisian majlis seperti Pertanding­an Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Pertanding­an Unduk Ngadau yang disertai seramai tujuh peserta yang mana dimenangi oleh Estessie Blase Martin, kedua Trecela Oboi dan tempat ketiga Hezerina Rarandis.

Penyampaia­n hadiah trofi disampaika­n Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan.

Manakala Sugandoi menampilka­n 20 peserta, tempat pertama dimenangi oleh Carl Lejaim Junior, kedua Felix Majinar dan tempat ketiga Bellarmine Joseph.

Dalam ucapan perasmian, Jeffrey merakamkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurk­an perayaan kaamatan pada tahun ini yang mana selama dua tahun yang lepas ianya tidak dapat dilaksanak­an kerana negara dilanda pandemik COVID-19.

Beliau juga mengingatk­an bahawa kaamatan ini bukan saja memberi peluang kepada komuniti KDMR meraikanny­a tetapi juga memberi peluang kepada yang lain untuk memahami kebudayaan KDMR dengan lebih dekat lagi.

Di fahamkan terdapat 300 lebih orang komuniti KDMR dari Sabah yang berada di sekitar negeri Johor.

Dalam majlis berkenaan, Jeffrey sempat melawat gerai jualan dan beramah mesra dengan komuniti yang hadir.

Turut hadir ialah Bapa

Uskup Melaka; Bapa Uskup Johor; Bishop Benard Paul dan Datuk Albert Tei yang dihadiri oleh kira-kira 500 masyarakat dan melibatkan komuniti Cina, India dan yang lain.

Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan, Estessie Blase Martin dan pemenang Sugandoi Carl Lejaim Junior akan mewakili KDCA Johor ke pertanding­an akhir di Hongkod Koisaan Penampang pada 30 dan 31 Mei ini.

Tema sambutan pesta Kaamatan pada tahun ini ialah ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi’ yang memberi penekanan tentang pentingnya penjagaan dan pemulihan alam sekitar.

 ?? ?? ALBUM: Pemenang Pertanding­an Unduk Ngadau KDCA Johor 2022.
ALBUM: Pemenang Pertanding­an Unduk Ngadau KDCA Johor 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia