Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan sempadan bawa sinar kepada peniaga makanan Johor Bahru

-

JOHOR BAHRU: Selepas lumpuhnya ekonomi hampir dua tahun kerana dibadai pandemik COVID-19, para peniaga makanan di Johor Bahru seakan-akan “kembali bernyawa” dengan kehadiran kembali rakyat Singapura sejak pembukaan sempadan pada 1 April lalu.

Peniaga kopitiam Hua Mui yang telah beroperasi sejak 1946, Tan Jia Qian, 23, berkata rakyat Singapura kini kembali membanjiri restoranny­a setiap hujung minggu sehingga mampu memacu hasil jualannya mencecah RM10,000 sehari.

“Sebelum pembukaan sempadan, jualan harian sebanyak RM3,000 sahaja, tetapi kini semakin meningkat sehingga restoran kami tidak cukup tenaga pekerja.

“Saya amat gembira melihat suasana kopitiam dipenuhi pelanggan terutamany­a dari Singapura yang sanggup beratur panjang demi menikmati keenakan double toast bread kami,” katanya kepada Bernama.

Salah seorang pelanggan tetapnya yang dikenali sebagai Jasper dari negara jiran tersebut turut berkongsi bahawa dia segera melawat kopitiam itu sejurus sempadan dibuka setelah dua tahun untuk melepaskan rindu terhadap makanan kegemarann­ya.

Selain itu, peniaga kek pisang Hiap Joo Bakery & Biscuit Factory, Lim Toh Huei, 34, berkata sejak pembukaan sempadan, jualannya meningkat kepada 70 peratus hingga 80 peratus.

“Walaupunha­rgamakanan sudah meningkat, harga kek pisang kami masih tetap pada harga yang sama iaitu RM12 untuk 10 potongan,” katanya.

Tambah Lim, bakerinya yang telah beroperasi lebih 100 tahun itu masih menggunaka­n kayu arang untuk membakar kek dan roti, serta tidak menggunaka­n sebarang pengawet.

Kek pisang Hiap Joo menjadi tarikan utama sehingga rakyat Singapura sanggup beratur selama sejam untuk merasai kek pisang panas yang baru keluar dari pemanggang, malah ada yang ke Johor Bahru semata-mata untuk membawa pulang kek pisang itu untuk keluarga di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia