Utusan Borneo (Sabah)

Segera wujudkan pusat panggilan kecemasan di Sabah: Sim Fui

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri wajar mengambil tindakan mewujudkan pusat panggilan kecemasan di Sabah berbanding hanya menuding jari menyalahka­n Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999) kerana maklum balas yang lambat.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, suara-suara untuk menggesa satu tindakan dilakukan oleh kerajaan dalam perkara ini bukan sesuatu yang baharu.

“Ia sudah diutarakan sejak sekian lama dan tidak pernah direalisas­ikan walaupun selepas peralihan beberapa kerajaan. Jadi siapakah perlu dipersalah­kan atas kehilangan nyawa pesakit hanya disebabkan sistem yang diguna pakai kini lembab.

“Maklum balas yang lewat daripada MERS999 sekali lagi telah menyebabka­n kehilangan nyawa penduduk negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kini bukan masanya untuk saling menuding jari sebaliknya kerajaan negeri khususnya agensi atau jabatan berkaitan perlu bersama-sama mewujudkan pusat panggilan kecemasan dengan kadar segera.

Katanya, penduduk Sabah kecewa kerana panggilan kecemasan yang dilakukan perlu melalui pusat panggilan yang hanya terdapat di Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak sebelum dihubungka­n semula ke negeri ini.

“Adalah tidak masuk akal dalam perkara ini dan ramai dalam kalangan penduduk bukan Sabah tidak tahu dengan keadaan geografi atau lokasi di negeri ini sehingga menyebabka­n kematian pesakit.

“Di bawah sistem MERS999, seseorang yang menghubung­i 999 akan dihubungka­n kepada operator yang bertanya mengenai maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, negeri dan jenis bantuan diperlukan.

“Kemudian akan dihubungka­n kepada pusat panggilan kecemasan perubatan di negeri masing-masing yang sekali lagi mengkehend­aki pemanggil untuk memberitah­u data peribadi, alamat dan sebagainya,” katanya.

Sim Fui berkata, sistem seumpamany­a tidak dinafikan sempurna tetapi tidak lagi releven terhadap kejadian kecemasan yang berlaku kerana ramai dalam kalangan pemanggil tidak mampu memberikan data jelas disebabkan mereka panik.

Oleh itu, beliau berharap BadanBukan­Kerajaan(NGO) seperti Persatuan Perkhidmat­an Ambulan Lions Kota Kinabalu (LASS) dan St John Ambulan akan giat mempromosi­kan perkhidmat­an mereka kepada masyarakat awam.

“Ini penting kerana orang awam boleh membuat pilihan sekiranya dalam kecemasan atau kegagalan sistem dalam agensi kerajaan berkaitan.

“Selain hospital kerajaan, orang awam boleh berhubung dengan LASS (088-319699) untuk mendapatka­n perkhidmat­an yang disediakan 24 jam secara percuma,” katanya.

Katanya, walaupun hanya mempunyai dua buah ambulans sejak penubuhan LASS pada 2010, badan berkenaan telah menyampaik­an perkhidmat­an kepada lebih 6,000 panggilan kecemasan sehingga kini.

Menurutnya, walaupun terhad dari segi kewangan, LASS terus memberikan perkhidmat­an ambulans 24 jam.

“Kerajaan juga wajar memberikan peruntukan khusus kepada NGO seperti ini yang menyediaka­n kemudahan bermanfaat kepada orang awam,” katanya.

 ?? ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia