Utusan Borneo (Sabah)

Bangkit perkukuh parti: Bung Moktar

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Sambutan ulang tahun ke-76 UMNO semalam (11 Mei) memberi terjemahan untuk parti dan ahli bangkit kembali setelah melalui pelbagai ranjau cabaran khususnya ketika parti kehilangan kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-76 ini, ahli-ahli di seluruh peringkat perlu menanamkan iltizam untuk memperkuku­hkan parti terutamany­a untuk menghadapi PRU15.

Dalam perutusan sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-76 , beliau berkata UMNO akan kembali bangkit semula untuk mentadbir negara walaupun kini telah melalui ranjau perjalanan yang sukar selepas kekalahan dalam PRU ke-14.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata keyakinan itu berdasarka­n kepada rekod mentadbir negara sebelum ini, selain prestasi cemerlang yang dicapai oleh UMNO dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Masa akan kembali menyebelah­i kepada UMNO. Masyarakat ingin kembali menyokong UMNO.

“Sebagai parti tertua yang mentadbir negara selama 76 tahun, rekod kecemerlan­gan UMNO mengemudi negara tidak dapat dinafikan lagi, sehingga rakyat percaya kestabilan hanya dapat dinikmati dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan ini dibuktikan dalam dua siri PRN Melaka dan Johor,” katanya.

Sehubungan itu, Ketua UMNO bahagian Kinabatang­an itu turut meminta pemimpin dan ahli UMNO agar meneruskan perjuangan memartabat­kan agama, bangsa dan tanah air serta memayungi seluruh masyarakat negara ini.

Mengenai UMNO di Sabah Bung berkata, anak bongsu UMNO yang kini mencapai usia 31 tahun bertapak di Sabah memberi gambaran jelas parti itu masih relevan di hati rakyat.

Menurut beliau walaupun berlaku ‘tsunami’ politik selepas PRU14 di negeri ini, UMNO masih kekal utuh tanpa satu pun UMNO bahagian dibubarkan.

“Ada yang tersasar perjuangan bersama UMNO selepas PRU14 namun menginsafi tersalah jalan dan ingin kembali bersama UMNO dan sebagai parti mengamalka­n pintu ‘terbuka’ ketika bersedia menerima mereka kembali mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Tambahnya, semenjak UMNO dan BN bertapak di Sabah banyak perubahan dari aspek pembanguna­n dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini.

Sambil mengucapka­n selamat menyambut ulang tahun ke-67 UMNO kepada seluruh ahli UMNO, Bung berharap sambutan kali ini akan menjadi titik tolak untuk pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat untuk bangkit memperkasa­kan parti menghadapi PRU15.

 ?? ?? BUNG MOKTAR
BUNG MOKTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia