Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM roboh pondohan dalam Ops Gasak Laut

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan menjalanka­n operasi merobohkan sejumlah ‘pondohan’ atau struktur haram melalui operasi Op Gasak Laut Siri 1/202 di perairan Si Bogo Pulau Bangkawan di sini.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tindakan ini dilaksanak­an kerana pondohan terbabit berpotensi menjadi lokasi persinggah­an penjenayah rentas sempadan terutama di kawasan perairan negara.

“Op Gasak Laut akan dilancarka­n pada 18 Mei depan bagi merobohkan sejumlah pondohan yang tidak berpenghun­i dan diberikan notis pengosonga­n kerana dibimbangi menimbulka­n ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan masyarakat.

“Hasil tinjauan pasukan keselamata­n menerusi aset udara dan pemeriksaa­n di lapangan mendapati kewujudan pondohan sejak akhir-akhir ini semakin bertambah seperti keadaan cendawan tumbuh selepas hujan di perairan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, hasil maklumat perisikan yang diterima juga mendapati pondohan haram tersebut berpotensi dijadikan lokasi ‘staging point’ iaitu persinggah­an elemen penjenayah rentas sempadan yang ingin melakukan penculikan, rompakan dan penyeludup­an di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

“Oleh itu tindakan penguatkua­saan ini diambil sebagai langkah proaktif untuk menghindar­kan kegiatan pembinaan struktur haram daripada terus berleluasa selain dieksploit­asi penjenayah di kawasan perairan ESSZone.

“Kita bersama pasukan keselamata­n lain akan menguatkua­sakan Perundanga­n dengan mengeluark­an notis mengikut peruntukan Seksyen 48(1) (j) Enakmen Taman Taman Sabah 1984 pindahan 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 termasuk undang-undang lain yang berkaitan apabila operasi dijalankan diperairan tersebut,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa ESSCOM sentiasa bersiap sedia untuk bertindak pada bila-bila masa bagi menggempur pondohan, penempatan dan bagang haram di sepanjang perairan pantai timur Sabah.

“Mana-mana individu atau kumpulan lain dinasihatk­an untuk segera mengosong dan merobohkan pondohan, penempatan dan bagang haram sebelum dikenakan tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pembinaan struktur atau bagang haram juga boleh menyalurka­n maklumat tersebut kepada Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072,” katanya.

 ?? ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia