Utusan Borneo (Sabah)

Pekedai Kompleks Segama rayu pihak berkuasa selesaikan kes curi kabel elektrik

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pengusaha premis kedai di Kompleks Segama di sini berharap pihak berkuasa dapat membantu mereka untuk menyelesai­kan isu kecurian kabel elektrik yang berleluasa di kawasan berkenaan sehingga menyebabka­n kerugian kepada pekedai.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, kejadian curi kabel elektrik bermula pada awal Mac lalu dan telah memyebabka­n kerugian besar kepada pekedai di kawasan berkenaan.

“Pekedai datang berjumpa dengan saya dan meminta saya untuk campur tangan dan membantu mereka dalam kes ini.

“Mangsa mendakwa setiap kali terjadinya kejadian itu, mereka bukan sahaja terpaksa tutup kedai tetapi juga perlu memasang kabel baharu yang memakan tempoh masa beberapa hari.

“Mereka juga terpaksa tanggung kos pemasangan antara RM1,000 sehingga RM2,000 bergantung kepanjanga­n kabel terbabit,” katanya dalam sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pencuri selalunya melakukan jenayah berkenaan pada lewat malam atau subuh.

Katanya, perkara sama juga pernah berlaku pada sebelah tengah hari apabila suspek mengugut pekerja kedai dengan senjata pisau apabila ditegur.

“Sehingga 12 Mei 2022, sebanyak lebih 10 kes curi kabel elektrik telah berlaku di Kompleks Segama.

“Beberapa pekedai telah menjadi mangsa beberapa kali dalam kes berkenaan, beberapa kedai di Jalan Gaya juga telah menjadi mangsa kepada kes ini,” katanya.

Katanya, perkara ini akan sekali lagi dibawa ke pengetahua­n pihak berkuasa agar tindakan wajar dapat dilakukan demi keselamata­n para pekedai.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pihak berkuasa dan dimaklumka­n bahawa dua suspek sudah ditangkap yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

Katanya, pihak polis juga memberikan jaminan bahawa rondaan akan ditingkatk­an di kawasan berkenaan bagi melindungi para pekedai dan pengunjung di Kompleks Segama serta di sekitarnya.

 ?? ?? KENANGAN: Sim Fui (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas membuat laporan polis di sini, kelmarin.
KENANGAN: Sim Fui (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas membuat laporan polis di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia