Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah Ahmad Naim, mangsa nahas maut lima sekawan selamat dikebumi

-

CHUKAI: Jenazah salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampira­n Terowong Menora semalam, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kijal, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Jenazah tiba di kediaman keluargany­a di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam kelmarin.

Suasana pilu dan hiba menyelubun­gi suasana tanah perkuburan apabila ahli keluarga arwah dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumia­n dijalankan.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, penduduk kampung dan rakan mangsa hadir memberikan penghormat­an terakhir kepada mangsa.

Ibu arwah, Shamila Abdullah, 44, berkata dia berasa lega kerana semua urusan membawa pulang dan pengebumia­n jenazah anak sulungnya itu berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa singkat.

Shamila turut menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak termasuk hospital, USAS dan rakan-rakan yang membantu melancarka­n urusan berkenaan.

“Walaupun sedih, saya dan suami tetap reda dengan pemergiann­ya kerana arwah adalah anak yang sangat baik dan menyenangk­an hati ibu bapa. Arwah adalah abang dan contoh terbaik kepada tiga adiknya, walaupun dia sudah tiada, doa saya tetap bersamanya,” katanya.

Selain Ahmad Naim yang merupakan pelajar semester dua Ijazah Sarjana Kaunseling Islam USAS, empat lagi yang rentung akibat kemalangan itu terdiri daripada Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGEBUMIA­N: Ahli-ahli keluarga melakukan proses pengebumia­n jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, di Tanah Perkuburan Islam, Kijal, Kemaman, semalam.
— Gambar Bernama PENGEBUMIA­N: Ahli-ahli keluarga melakukan proses pengebumia­n jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, di Tanah Perkuburan Islam, Kijal, Kemaman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia