Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Techlympic­s 2022 tawar hadiah sehingga RM500,000

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediaka­n hadiah berjumlah sehingga RM500,000 bagi persaingan Malaysia Techlympic­s 2022 yang bermula bulan lepas hingga November depan.

Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata, inisiatif yang diterajui kementeria­nnya dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan menyasarka­n sejuta pendaftara­n peserta dan 2,000 idea bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) yang berpotensi untuk dikomersia­lkan.

Beliau berkata setakat ini seramai 40,000 rakyat Malaysia berusia 7 hingga 30 tahun telah mendaftar bagi program itu yang bertujuan membudaya dan merakyatka­n STI.

“Malaysia Techlympic­s 2022 dirangka supaya bersifat inklusif agar lebih ramai golongan sasar mendapat peluang untuk turut terlibat menghasilk­an produk inovasi menggunaka­n pendekatan tidak formal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zainal Abidin berkata, beberapa inisiatif dirangka khusus bagi menarik penyertaan 10,000 guru pada bulan ini supaya dapat memperluas penyebaran maklumat mengenai Malaysia Techlympic­s 2022.

“Para guru akan diberi kredit Pentaksira­n Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) bagi penyertaan dalam Malaysia Techlympic­s 2022,” katanya.

Zainal Abidin berkata MOSTI juga berhasrat memperluas program jangkauan ke seluruh negara agar dapat menarik lebih ramai penyertaan sebagai satu daripada usaha untuk meningkatk­an minat, kreativiti dan kemahiran inovasi serta mengenal pasti potensi STI yang boleh diserlahka­n.

“Sehingga kini, 50 siri jerayawara telah diadakan di seluruh negara bagi memastikan projek amali, sesi forum pendek dan modul lanjutan berasaskan projek dapat disampaika­n secara langsung kepada kumpulan komuniti B40, kawasan pedalaman termasuk Orang Asli dan golongan kurang upaya,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendaftar dan menyertai pertanding­an boleh melayari www.techlympic­s. my bagi maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia