Utusan Borneo (Sabah)

Son ‘menerima’ percaturan Conte meskipun marah

-

LONDON: Pemain penyerang Tottenham, Son Heung-min menegaskan dia ‘menerima’ keputusan Antonio Conte untuk menggantik­annya dalam kemenangan berharga 3-0 semalam ke atas Arsenal walaupun reaksi marahnya terhadap keputusan itu.

Son menjaringk­an gol ketiga Tottenham pada awal babak kedua ketika pasukan Conte menghancur­kan saingan utara London mereka, sekali gus mengembali­kan harapan mereka untuk duduk dalam tangga empat teratas dalam Liga Perdana.

Son kini mengejar Mohamed Salah dalam perlumbaan untuk meraih gelaran sebagai penjaring gol terbanyak Liga Perdana, namun pemain Korea Selatan itu kelihatan kecewa apabila dia digantikan pada minit ke-72.

Son, yang juga memenangi penalti yang disempurna­kan oleh Harry Kane semasa gol pembuka Tottenham, kini sudah menjaringk­an 21 gol dalam divisyen teratas sementara bintang Liverpool, Salah mempunyai 22.

Conte hanya ingin memastikan Son tidak letih menjelang perlawanan Ahad ini menentang Burnley memandangk­an pasukan 10 pemain, Arsenal tidak mempunyai harapan untuk menentang selepas Rob Holding dibuang padang pada babak pertama.

Tetapi Son membebel dengan marah tatkala dia keluar padang dan terpaksa ditenangka­n oleh ahli kakitangan kejurulati­han Conte di bangku simpanan.

Conte memeluk Son di atas padang semasa meraikan kemenangan selepas perlawanan dan pemain penyerang itu bersedia untuk melupakann­ya.

“Jelas sekali saya mahu bermain lebih lama tetapi apa yang boleh saya katakan? Saya perlu menerimany­a,” kata Son kepada Sky Sports.

“Kami mempunyai perlawanan pada hari Ahad dan itulah sebabnya. Saya tidak marah hanya kecewa. Saya perlu melupakann­ya.

“Saya mahu terus bermain. Kami ada permainan yang penting jadi saya perlu bersedia, pulih dengan baik dan kembali cergas.”

Di sebalik kontrovers­i itu, Son gembira untuk memainkan peranan penting selepas Tottenham yang menduduki tempat kelima bergerak menghampir­i satu mata kepada kumpulan tempat keempat, Arsenal.

Dengan dua perlawanan lagi untuk kedua-dua pasukan, perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan kini sengit.

“Memang bagus untuk menang terutamany­a dalam perlawanan pasukan jiran. Ia amat bermakna. Kita boleh menutup jurang. Permainan ini amat mantap,” kata Son.

 ?? — Gambar AFP ?? MENYERLAH: Son faul penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Arsenal di Stadium Tottenham Hotspur, London, kelmarin.
— Gambar AFP MENYERLAH: Son faul penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Arsenal di Stadium Tottenham Hotspur, London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia