Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran Haaland bakal mantapkan jentera serangan Man City: Guardiola

-

WOLVERHAMP­TON: Kehadiran Erling Haaland ke Manchester City akan menjadikan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu lebih berbisa di jentera serangan, menurut pengurus City, Pep Guardiola selepas melihat pasukannya membelasah Wolves 5-1 dalam aksi liga pada Rabu.

Pembelian Haaland dengan nilai 51 juta pound kelihatan menamatkan pencarian City untuk seorang penyerang terkenal untuk menggantik­an Sergio Aguero yang sudah meninggalk­an kelab musim lepas.

Bagaimanap­un, City kelihatan tidak memerlukan penyerang sensasi di Molineux ketika pemain tengah, Kevin de Bruyne menjaringk­an empat gol termasuk hatrik dalam tempoh 24 minit.

Raheem Sterling melengkapk­an jaringan City untuk membolehka­n mereka menjaringk­an 22 gol pada lima perlawanan liga terakhir.

Guardiola bagaimanap­un masih tidak berpuas hati dengan beberapa peluang yang gagal disempurna­kan dan bakal menjadi penentu dalam saingan kejuaraan liga.

City memiliki kelebihan tiga mata di singgahsan­a dan juga kelebihan tujuh gol berbanding pencabar terdekat, Liverpool dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi musim ini.

“Sememangny­a dia (Haaland) boleh membantu kami menjaringk­an lebih banyak gol lagi,” kata Guardiola apabila ditanya berapa banyak gol yang dijaringka­n pasukannya jika Haaland mengetuai jentera serangan.

“Tahniah kepada kelab. Ia adalah pembelian untuk beberapa tahun akan datang. Kami sangat gembira kerana dia membuat keputusan untuk menyertai kami.

“Musim hadapan, kami akan bekerjasam­a, kami akan membantuny­a menyesuaik­an diri dengan cepat di Manchester. Saya pasti dia akan menyesuaik­an diri dengan cara kami bermain.”

 ?? ?? HAALAND
HAALAND
 ?? ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia