Utusan Borneo (Sabah)

Villa, Coutinho melengkapk­an kontrak dalam perjanjian bernilai 17 juta pound

-

LONDON: Aston Villa melengkapk­an kontrak perolehan pemain Barcelona, Philippe Coutinho kelmarin dalam perjanjian yang bernilai 17 juta pound menurut kelab La Liga itu.

Pemain Brazil itu bermain mantap sejak tiba di Villa secara pinjaman pada Januari selepas bergelut untuk memberi impak di Barcelona.

Barca mengesahka­n perpindaha­n itu merangkumi klausa penjualan 50 peratus jika Coutinho meninggalk­an Villa.

Bekas bintang Liverpool itu, yang telah menjaringk­an empat gol dan menyumbang tiga umpanan untuk Villa, telah bersetuju dengan kontrak yang sah sehingga 2026.

“Ini satu perjanjian yang hebat untuk Aston Villa,” kata jurulatih Villa, Steven Gerrard di laman sesawang kelab itu.

“Phil ialah seorang contoh profesiona­l dan impaknya kepada kumpulan itu jelas terbukti sejak dia menyertai pada bulan Januari.

“Dengan cara dia mengendali­kan dirinya di dalam dan di luar padang, dia juga merupakan contoh yang baik bagi pemain muda kita yang boleh mendapat manfaat daripada pengalaman­nya.

“Kami ingin maju ke arah musim depan, amat luar biasa untuk bekerja bersama kelab yang melaksanak­an perancanga­nnya dengan begitu cekap dan lancar.”

Coutinho menyertai Barcelona daripada Liverpool pada 2018 menerusi perjanjian bernilai 146 juta pound.

Tetapi, walaupun sudah dua kali memenangi gelaran di Barca, dia tidak pernah bermain mantap seperti semasa di Liverpooln­ya.

Coutinho, yang menghabisk­an musim 2019/2020 secara pinjaman di Bayern

Munich, menjaringk­an 26 gol dalam 106 penampilan untuk Barca.

Coutinho telah bermain 67 kali untuk Brazil dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Copa America 2019.

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Coutinho ketika cubaan menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Liverpool di Villa Park, Birmingham, baru-baru ini.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Coutinho ketika cubaan menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Liverpool di Villa Park, Birmingham, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia