Utusan Borneo (Sabah)

RUU Profesion Kerja Sosial dijangka dibentang di Parlimen tahun ini

-

DENGKIL: Rang UndangUnda­ng (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS) dijangka dapat dibentangk­an di Parlimen pada tahun ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Draf akhir RUU PKS itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentangk­an, katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di sini semalam.

Undang-undang itu akan membolehka­n profesion kerja sosial diiktiraf melalui pendaftara­n dan perakuan amalan yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial.

Rina berkata Kementeria­n

Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengumpulk­an input dan pandangan daripada pelbagai kementeria­n, jabatan kerajaan, badan profesiona­l, ahli akademik dan individu berpengala­man dalam profesion kerja sosial bagi penggubala­n RUU PKS itu.

Mengenai perkembang­an remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, Rina yang menziarahi remaja berusia 13 tahun berkenaan di institusi jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Seremban, Negeri Sembilan sempena Aidilfitri berkata kesihatan dan emosi Bella bertambah baik.

“Alhamdulil­lah, saya lihat adik Bella kini sihat. Adik Bella semakin berkeyakin­an bergaul bersama rakan-rakan penghuni,” katanya.

Kisah Bella didakwa diabai dan dianiaya pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, mendapat perhatian rakyat Malaysia dan prosiding mahkamah berkaitan kes berkenaan masih berjalan.

Dalam program Ziarah Kasih semalam, Rina menyantuni R. Theanmoli, 40, bagi menyampaik­an surat kelulusan bantuan persekutua­n di bawah Skim Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pesakit Kronik Terlantar sebanyak RM500 sebulan serta barangan keperluan harian dan perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia