Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir berkurang kepada 685, hanya enam PPS aktif

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTAKINABA­LU:Mangsa banjir di Tenom serta Beaufort berkurang kepada 685 dan hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatka­n kesemua mangsa dibuka di kedua-dua daerah terbabit.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, jumlah ini termasukla­h 333 mangsa daripada 124 keluarga di Tenom dan 352 mangsa daripada 95 keluarga di Beaufort.

“Sebanyak empat PPS masih dibuka di Tenom iaitu Dewan Mini Jinuim Jimin yang menempatka­n 139 mangsa, 123 mangsa di Rumah Kebudayaan Batu-Batu, 47 di Rumah Kebudayaan Pantagon Saga dan 24 di Dewan Kalang Kanar.

“Dua lagi PPS di Beaufort membabitka­n Dewan Selagon menempatka­n seramai 218 mangsa dan Dewan DSP Dun Banir terdapat seramai 134 mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah Alex Dennis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyaranka­n agar semua pihak termasuk agensi kerajaan, korporat serta masayaraka­t perlu bekerjasam­a dalam mengatasi isu banjir di Pedalaman Bawah Sabah.

Katanya, usaha ini termasukla­h mengkaji semula keadaan Geografi di kawasan yang sering berlaku banjir.

“Satu plan tindakan jangka masa panjang juga perlu dibuat seperti penyediaan penempatan tetap yang kurang berisiko dengan bencana banjir yang selama ini memberi kesan besar kepada sektor ekonomi dan sosial masyarakat setempat,” katanya.

Tambahnya walaupun kejadian banjir sudah sebati dalam kalangan penduduk di Beaufort namun bencana ini mengakibat­kan kerugian yang besar kepada penduduk Beaufort dan sekitarnya.

“Prihatin dengan keadaan penduduk terjejas banjir,

MRA menggeraka­n bantuan kecemasan termasuk keperluan harian serta kit kebersihan, bekalan air bersih, perubatan dan pembersiha­n pasca banjir sejak 2014.

“MRA juga menjalinka­n kerjasama dengan Jawatankua­sa Bencana Daerah dalam Pengurusan di PPS yang dibuka setiap kali berlakunya bencana banjir,” katanya.

 ?? ?? BANTUAN: Antara bantuan yang disalurkan oleh MRA kepada mangsa banjir.
BANTUAN: Antara bantuan yang disalurkan oleh MRA kepada mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia