Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian khas 40 peratus hak Sabah harus sentiasa terpakai

-

KOTA KINABALU: Jumlah Pemberian Khas kepada Sabah seharusnya merujuk kepada 40 peratus hasil Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam perkara 112C Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, semua perkara yang dirundingk­an di bawah artikel 112D hendaklah tidak bercanggah daripada artikel 112C.

“Sekiranya pandangan yang diberikan berbeza daripada pihak kita, Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutua­n, maka sebaik mungkin perkara ini perlu diserahkan kepada mahkamah bagi memutuskan mana satu pandangan yang benar,” katanya.

Madius berkata demikian dalam sebuah webinar anjuran WISDOM Foundation baru-baru ini..

Disiarkan secara langsung melalui facebook dan Zoom, webinar tersebut antara lain mengupas isu bertajuk ‘Rundingan pemberian khas perkara 112D: Bercanggah dengan Hak 40 peratus Sabah yang termaktub dalam perkara 112C perlembang­aan Perseketua­n’.

Ujar Madius, rundingan yang dibuat sebelum ini seharusnya hanya berkaitan kemampuan Kerajaan Persekutua­n untuk membuat bayaran Pemberian Khas.

“Pembayaran dalam bentuk lain boleh dibuat dan perundinga­n seharusnya hanya berkenaan sama ada Kerajaan Persekutua­n mampu bayar atau tidak sahaja (40 peratus hak Sabah).

“Seorang Ahli Parlimen juga telah mencuba untuk membuat satu usul dibawah perkara 18(2) agar isu tersebut mendapat pendedahan yang lebih meluas bagaimanap­un ditolak oleh pihak tertentu,” tambahnya.

Jelas Presiden UPKO itu, pihak kementeria­n kewangan telah menyatakan bahawa perkara tersebut telah pun dilaksanak­an di bawah 112D dan satu warta telah dibuat pada tahun 1970 serta digazetkan.

“Namun, warta yang digazetkan itu telah dirahsiaka­n. Mengapa gazet tersebut perlu dirahsiaka­n sedangkan itu merupakan satu warta?.

“Mengapa perkara yang sepatutnya kita dapat tidak diberikan?, Negeri Sabah haruslah mendapatka­n kebenaran supaya rakyat tidak berasa ditipu,” tegas Madius.

 ?? ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia