Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, AS tubuh jawatankua­sa kerja banteras buruh paksa

-

PUTRAJAYA: Malaysia dan Jabatan Kastam dan Perlindung­an Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) bakal menjalinka­n kerjasama strategik dalam usaha membantera­s isu buruh paksa menerusi penubuhan satu jawatankua­sa kerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan berkata jawatankua­sa tersebut, yang akan bertemu setiap tiga bulan, memberi fokus kepada pertukaran maklumat berhubung elemen buruh paksa termasuk merangka polisi yang menyokong inisiatif menghapusk­an kegiatan itu.

Beliau berkata, US CBP juga dijangka mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada penghujung Mei ini dan menganjurk­an bengkel bersama pemain industri.

“Bengkel ini akan memberikan penerangan mengenai perkara berkaitan dengan elemen buruh paksa yang perlu dielakkan oleh pemain industri supaya produk mereka tidak disekat untuk masuk ke pasaran Amerika Syarikat (AS),” katanya yang kini dalam lawatan kerja ke Washington.

Saravanan berkata lawatan itu telah membuka peluang kerjasama dua hala dalam membendung gejala buruh paksa, selain menjadi platform bagi AS untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menangani isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Menurut Saravanan, beliau juga bertemu Penolong Eksekutif Pesuruhjay­a Perdaganga­n US CBP AnnMarie Highsmith dan Timbalan Setiausaha Bahagian Biro Hal Ehwal Buruh Antarabang­sa (ILAB) Jabatan Buruh AS (US DOL) Thea Lee.

Pada pertemuan itu beliau telah berkongsi inisiatif kementeria­nnya dalam menangani hampir keseluruha­n indikator buruh paksa yang disenaraik­an Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO), seperti penahanan dokumen pengenalan diri, kerja lebih masa berlebihan dan penahanan gaji.

Mengenai kerjasama dengan US DOL pula, Saravanan memaklumka­n jabatan itu bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam aspek perpindaha­n teknologi, bina upaya dan program perantis.

USDOLturut­menyaranka­n agar Malaysia memberi pendedahan kepada pekerja tentang kepentinga­n berkesatua­n dan ini selaras dengan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang akan dibentangk­an di Parlimen Julai depan, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia