Utusan Borneo (Sabah)

PM bertemu pegawai kanan syarikat utama Amerika

-

WASHINGTON D.C: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Syarikat itu termasukla­h Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instrument­s, GE Aviation, Conoco

Phillips, Ford, National Instrument­s, Infineon, Micron dan Insulet.

Ismail Sabri menemui mereka pada sesi pertemuan perniagaan di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri Malaysia, yang tiba di sini pada Rabu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutua­n Tesla Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron Courtney Geduldig.

Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco Dave West,NaibPresid­enHalEhwal

Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubunga­n Kerajaan Global Texas Instrument Steve Bonner.

Turut hadir Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Antara lain, beliau menyaksika­n pertukaran Memorandum Persefaham­an antara Perbadanan Pembanguna­n Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certificat­ion Institute (HRCI).

Perdana Menteri turut menyaksika­n penyerahan Surat Niat (LoI) oleh MyDigital Corporatio­n Malaysia kepada empat syarikat Amerika iaitu Cisco Systems Inc; Intel Corporatio­n; Microsoft Corporatio­n dan Micron Technology Inc serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada Advanced Micro Devices Inc untuk pengembang­an syarikat itu di Malaysia.

Kemudian, Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood memberitah­u media Malaysia bahawa tiga MoU yang dimeterain­ya akan membolehka­n latihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia