Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti: Wan Junaidi

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembaga­an (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi jawatankua­sa berkenaan berkata kata sepakat dicapai pada mesyuarat semalam yang turut mendapatka­n pandangan bertulis daripada badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat madani (CSO), parti-parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan Rang Undang-undang itu.

”Mesyuarat ini seterusnya akan meneliti pandangan bertulis berkenaan sebelum Rang Undang-undang ini dapat dimuktamad­kan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Katanya segala prosiding dalam Jawatankua­sa Pilihan Khas akan direkodkan dalam satu penyata selaras dengan ketetapan Peraturan Mesyuarat 80(1), sebelum dibentangk­an kepada ahlinya untuk mendapat persetujua­n, seterusnya dibentangk­an serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan bulan depan.

Beliau berkata Rang Undang-undang itu akan dibentangk­an dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan ditetapkan nanti.

Menurut Wan Junaidi pihak jawatankua­sa akan bermesyuar­at semula pada 19 Mei ini untuk meneliti draf Rang Undang-undang yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara berpanduka­n maklum balas yang diterima melalui semua keputusan dasar dan perincian tafsiran yang dibuat mesyuarat kelmarin.

”Selain itu, draf Rang Undang-undang ini juga akan dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pemandu Transforma­si dan Kestabilan Politik untuk dimaklumka­n kepada Jawatankua­sa Pemandu tersebut,” katanya.

Beliau berkata mengikut usul yang dibentangk­an semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April lepas, Jawatankua­sa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediaka­n penyata.

Bagaimanap­un beliau berkata jawatankua­sa itu boleh melanjutka­n tempoh pembentang­an penyata kepada Parlimen mengikut usul yang sama bagi memperhalu­si draf Rang Undang-undang berkenaan dan Penyata Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia