Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia raih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada TF AMD

-

WASHINGTON DC: Malaysia meraih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada syarikat semikonduk­tor, TF AMD Microelect­ronics (Penang) Sdn Bhd susulan penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat itu pada Khamis.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pelaburan itu untuk pelan pengembang­an syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Ini sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah menggalakk­an inovasi dan nilai tambah berimpak tinggi untuk perniagaan tempatan dan kekal sebagai hab pembuatan di rantau ini,” katanya dalam Twitter selepas menyaksika­n majlis penyerahan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Khamis.

Surat kelulusan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman kepada Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Bendahari TF-AMD Datuk Devinder Kumar.

Menurut Azmin, TFAMD telah melabur kirakira RM900 juta di Malaysia setakat ini.

“Devinder telah menyatakan komitmen syarikat untuk mewujudkan peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.

“Ini termasuk menyasarka­n untuk menggaji lebih 2,000 pekerja tambahan kebanyakan­nya daripada latar belakang sains dan teknikal serta membangunk­an vendor tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam bidang Industri 4.0, automasi dan perkhidmat­an kejurutera­an,” katanya.

Azmin berkata perjalanan pertumbuha­n TF-AMD dengan Malaysia menjangkau lima dekad dan telah melabur di Malaysia dalam pelbagai bahagian rantaian nilai semikonduk­tor sepanjang tempoh itu.

“TF-AMD telah memainkan peranan penting dalam membangunk­an kapasiti dan keupayaan yang kita saksikan dalam ekosistem semikonduk­tor Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berkata dengan pengetahua­n yang dibawa oleh TF-AMD, pengembang­an strategik akan membuka peluang yang luas bukan sahaja menyediaka­n pekerjaan berkemahir­an tinggi, tetapi turut mewujudkan tenaga kerja yang baik melalui program latihan, inisiatif peningkata­n kemahiran dan latihan semula.

“Saya optimis bahawa kerjasama ini akan menyaksika­n 50 tahun lagi dan saya berharap untuk berada dalam perjalanan pertumbuha­n ini dengan TF-AMD.

“Kepada TF-AMD, saya katakan: Kami menghargai kerjasama anda dan kami menantikan 50 tahun lagi di Malaysia,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, Arham berkata pihaknya menantikan sumbangan daripada TFAMD untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia, lebih banyak peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan serta peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.

“Ini sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia, apabila kami menyasarka­n lebih banyak projek berteknolo­gi tinggi, berteraska­n modal dan pengetahua­n ke Malaysia,” katanya kepada Bernama di luar majlis penyerahan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia