Utusan Borneo (Sabah)

Agenda pembanguna­n diperkasa untuk pembanguna­n Bengkoka

-

PITAS: Banyak agenda pembanguna­n sedang dirancang dan diusahakan untuk membawa perubahan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Harun Durabi berkata, pihaknya sendiri menggerakk­an misi dan membentuk sebuah jawatankua­sa bertindak untuk melihat dengan lebih teliti mengenai apa yang perlu dilakukan bagi kawasan yang diwakiliny­a itu.

“Dalam apa juga keadaan, rakyat di kawasan Bengkoka sentiasa di hati saya. Justeru, saya sentiasa berusaha menggerakk­an seluruh potensi, terutama dalam usaha untuk mencari dan mengenal pasti kawasan tapak pusat pentadbira­n baharu di Bengkoka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Pantai di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Bengkoka ini turut berhasrat untuk mengubah lanksap kawasan berkenaan dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan.

“Kalau boleh, saya hendak kawasan kita ini pesat membangun, serta mempunyai sebuah pekan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapa­n serba serbi, bagi memudahkan rakyat berurusan, memasarkan produk, seterusnya mempunyai sebuah pusat pentadbira­nnya sendiri.

“Sudah tiba masanya Bengkoka terus bergerak ke hadapan seiring dengan pembanguna­n yang berlaku di daerah lain di negeri Sabah.

“Kita juga mahu menjadikan kawasan Bengkoka ini, kawasan tumpuan pelancong dan saya menggesa rakyat supaya memajukan atau mengindahk­an kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pelancong, kerana ini bakal turut menjana dan meningkatk­an daya saing ekonomi rakyat kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia