Utusan Borneo (Sabah)

Sahabat Faqeh cadang wujudkan sekolah menengah OKU di Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Persatuan Sahabat Faqeh Tawau mencadangk­an agar diwujudkan sebuah sekolah pendidikan khas peringkat sekolah menengah untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) kategori pekak, bisu dan buta di daerah ini.

Kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mempertimb­angkan untuk mewujudkan sekolah itu bagi mengelak keciciran pendidikan golongan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Sahabat Faqeh Tawau Ismail Awang berkata, sekolah itu penting bagi mengatasi masalah kesinambun­gan pendidikan golongan berkenaan.

Katanya, difahamkan hanya ada sekolah pendidikan khas di peringkat sekolah rendah saja untuk golongan ini di daerah Tawau.

“Sememangny­a menjadi satu keperluan yang agak mendesak untuk diwujudkan sebuah sekolah pendidikan khas peringkat menengah untuk golongan buta, pekak dan bisu di daerah Tawau.

“Jika dapat diwujudkan di daerah Tawau, ia juga dapat menampung permintaan di seluruh kawasan pantai timur Sabah dan tidak perlu ibu bapa menghantar anak mereka ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Sahabat Faqeh Tawau bersama Akademi Quranis Tawau di sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya merancang untuk melaksanak­an Hari Terbuka Sahabat Faqeh tahun ini.

“Program itu adalah kempen kesedaran kepada para ibu bapa dan masyarakat awam seperti pameran dan ceramah motivasi di samping aktiviti di dalam dewan bersama kanak-kanak istimewa.

“Program ini juga akan melibatkan sekolah Pendidikan khas dan pihak kementeria­n kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri seperti JKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),” katanya.

Ismail berkata, Sahabat Faqeh akan membuat lawatan muhibah dan sesi libat urus dengan beberapa pihak termasuk kementeria­n dan jabatan berkenaan bagi mendapatka­n sokongan penganjura­n program ini.

Persatuan Sahabat Faqeh Tawau iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar memberi tumpuan membantu dan menjaga kebajikan golongan OKU termasukla­h dari segi pendidikan, sokongan moral dan kebajikan ibu bapa serta penjaga yang mempunyai anak-anak istimewa.

 ?? ?? KENANGAN: Ismail bersama murid-murid istimewa dan keluarga semasa majlis itu.
KENANGAN: Ismail bersama murid-murid istimewa dan keluarga semasa majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia