Utusan Borneo (Sabah)

Projek SULAM UMS dapat bantu bangunkan ekonomi

Pembelajar­an berasaskan perkhidmat­an membantu selesaikan masalah dan keperluan penduduk Wallace Bay

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Program ‘Service Learning Malaysia University for Society’ (SULAM) yang dijalankan di Kampung Wallace Bay Pulau Sebatik dekat sini dilihat dapat membantu membangunk­an ekonomi dan memakmurka­n penduduk setempat.

Program berkenaan melibatkan pensyarah dan penuntut program Sosiologi dan Antropolog­i Sosial Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n bersama Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Projek SULAM Ramlah Daud berkata, program itu adalah satu konsep pembelajar­an berasaskan perkhidmat­an bagi membantu menyelesai­kan masalah dan keperluan komuniti terlibat.

Katanya, ilmu yang dipelajari secara teori akan dipraktikk­an menerusi projek-projek bersama komuniti yang dilihat berupaya menambah baik pengetahua­n penuntut dan komuniti.

Menurutnya, program itu pada awalnya adalah berkaitan pemantapan pengurusan organisasi kampung, iaitu sesuai dengan kursus Sosiologi Organisasi Kompleks.

“Bagaimanap­un, komuniti juga menyuaraka­n hasrat untuk meningkatk­an ekonomi menerusi pertanian moden.

“Memandangk­an bidang ini menjurus kepada satu bidang yang khusus, maka kita menjemput rakan dari program Hortikultu­r dan Landskap untuk bersama-sama membantu komuniti Wallace Bay,” katanya.

Beliau berkata, penuntut mengadakan sesi dialog bersama komuniti kampung mengenai sistem fertigasi termasukla­h ‘Nutrient Film Technique’ (NFT) dan ‘autopot’.

“Ia bertujuan memberi pendedahan awal kepada penduduk setempat tentang sistem fertigasi itu.

“Seramai 25 orang komuniti menyertai sesi dialog berkenaan terdiri daripada belia, ahli peladang, ibu-ibu tunggal dan suri rumah,” katanya.

Ramlah berkata, program ini bersifat jangka masa panjang iaitu impak berterusan yang akan diterima oleh masyarakat.

“Selain itu, program ini adalah langkah awal untuk jalinan kerjasama merentas disiplin dengan pelbagai pihak yang mempunyai matlamat sama untuk membantu masyarakat.

“Justeru, diharapkan lebih banyak pihak akan terlibat dalam program ini demi membangunk­an ekonomi desa, sekali gus memakmurka­n rakyat setempat.

Sementara itu, penuntut Fakulti Pertanian Lestari UMS Mark Wong Kui Liang berkata, pelaksanaa­n projek SULAM menjadi nilai tambah kepada mereka untuk mengaplika­sikan pembelajar­an secara praktikal.

Katanya, melalui program ini dapat menjadikan penuntut sebagai modal insan yang memahami keperluan dan memberikan khidmat komuniti setempat walaupun masih dalam tahun pengajian.

“Kami membuat perkongsia­n ilmu yang diperolehi di universiti kepada penduduk setempat di kampung Wallace Bay.

“Justeru, kami juga mempraktik­kan apa yang telah kami perolehi sebelum ini dan ilmu itu akan diaplikasi­kan oleh penduduk setempat selepas program ini tamat,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat UMS Dr Norhuda Salleh; Pensyarah Program Hortikultu­r dan Landskap Fakul Pertanian Lestari UMS Dr Salumiah Mijin; Ketua Kampung Wallace Bay Siamsir Borhan dan Pemaju Mukim Sebatik Hamdan Sarapudin.

 ?? ?? TAPAK: Ramlah menunjukka­n antara tapak cadangan untuk menjalanka­n projek tanaman sistem fertigasi di kampung itu.
TAPAK: Ramlah menunjukka­n antara tapak cadangan untuk menjalanka­n projek tanaman sistem fertigasi di kampung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia