Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Hari Raya Hap Seng 22 Mei ini

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd akan mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sijil menduduki bangunan (OC) di Bandar Sri Indah (BSI) pada 22 Mei ini.

Majlis itu diadakan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang di kawasan perumahan South Ville Apartments Fasa 3 Batu 10 Jalan Apas di sini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahka­n majlis berkenaan dan Hap Seng akan menyediaka­n pelbagai hadiah lumayan sempena sambutan rumah terbuka itu.

Hap Seng akan mengadakan tiga cabutan bertuah bernilai RM888 setiap satu untuk pembeli rumah mereka dari tarikh 1 Januari hingga 31 Mei 2021.

Selain itu, cabutan bertuah untuk pembeli rumah BSI South Ville Apartments dan cabutan bertuah berupa hadiah barangan elektronik kepada semua tetamu yang hadir turut dilakukan.

Pada majlis itu juga, Hap Seng akan menyediaka­n jamuan ringan, duit Hari Raya dan aiskrim untuk kanak-kanak.

Untuk makluman, Perumahan South Ville Apartment terletak di bahagian selatan BSI dan mempunyai sebanyak 1,024 unit merangkumi empat fasa serta memperoleh­i Sijil menduduki (OC) pada Oktober 2021.

Setiap fasa mempunyai 256 unit adalah projek apartment yang memiliki empat tingkat untuk satu blok dan empat unit dalam satu tingkat.

Perumahan ini mempunyai tiga jenis iaitu Jenis A (850 Kaki Persegi), Jenis B (898 Kaki Persegi) dan Jenis C (850 Kaki Persegi). Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan tempat letak kereta berbumbung.

South Ville Apartments juga memiliki kawasan rekreasi seperti padang bola sepak, gelanggang sepak takraw, futsal, bola keranjang, dan taman permainan kanak-kanak.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Hap Seng akan memberikan promosi istimewa khas kepada pembeli yang ingin mencari rumah idaman dan ia terhad kepada 20 unit yang terpilih sahaja.

Bukan itu sahaja, bakal pembeli juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Perodua Ativa yang bernilai RM65,000 tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat selanjutny­a, sila hubungi Hap Seng di talian 089773311-5, 012-883 0433, 012-811 0309.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia