Utusan Borneo (Sabah)

BAHASA rancang terbit buku antologi puisi Sabah Maju Jaya

-

KOTA MARUDU: Selepas kejayaan penerbitan buku antologi puisi Keluarga Malaysia yang memuatkan karya puisi para pemimpin Sabah dan penulis Malaysia, kini Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) merancang penerbitan buku antologi puisi bertemakan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Presiden BAHASA Datuk Jasni Matlani berkata, penerbitan buku berkenaan, bukan sahaja membantu merakyatka­n slogan SMJ yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, tetapi juga mengajak rakyat menghayati mesej slogan itu secara mendalam bagi menggalas perubahan rakyat dan negeri ini.

“Pelan pembanguna­n yang dirancang dan dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun (2021-2025) itu memberikan harapan baharu kepada rakyat Sabah yang menghadapi pelbagai kemelut sejak dibelenggu oleh masalah penularan virus pendemik COVID-19 yang turut menjejaska­n ekonomi negeri ini.

“Dari segi sejarah, ungkapan Sabah Maju Jaya adalah jata negeri Sabah yang sudah lama menjadi hak anak watan negeri Sabah, tetapi kini ia dijadikan slogan yang lebih dominan dan datang bersamanya tanggungja­wab untuk memastikan semua rakyat Sabah bergerak seiring dalam memajukan dan menjayakan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n Buku Kumpulan Cerpen Simpul Kasih di Hujung Rindu karya Hamidah Imam Kassam, seorang penulis Sabah yang prolifik, kelahiran Kota Marudu di sini baru-baru ini.

Jasni berkata, penerbitan buku itu jika menjadi kenyataan, akan memberi peluang kepada pemimpin negeri ini sekali lagi bersama-sama para penulis Sabah menghasilk­an puisi yang memberi keutamaan kepada agenda pembanguna­n negeri.

Selain itu jelasnya, ia turut mengutamak­an agenda memulihkan penyusutan pertumbuha­n ekonomi, mengenal pasti segala sumber baharu dalam memperkasa­kan hasil negeri, seterusnya membawa negeri Sabah keluar daripada kesan bahana pendemik itu.

 ?? ?? KUMPULAN CERPEN: Jasni ketika melancarka­n buku kumpulan cerpen Simpul Kasih di Hujung Rindu karya Hamidah Imam Kassam di majlis itu.
KUMPULAN CERPEN: Jasni ketika melancarka­n buku kumpulan cerpen Simpul Kasih di Hujung Rindu karya Hamidah Imam Kassam di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia