Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic ungguli kejuaraan Terbuka Itali

-

ROM: Novak Djokovic meraih kejuaraan Terbuka Itali buat kali keenam pada Ahad selepas kemenangan 6-0 dan 7-6(7/5) ke atas Stefanos Tsitsipas di final perseorang­an lelaki sementara Iga Swiatek muncul juara pada kejohanan yang kelima berturut-turut apabila menewaskan Ons Jabeur di final perseorang­an wanita.

Djokovic, pemain ranking nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah menewaskan juara Siri Master Monte Carlo Tsitsipas untuk memenangi kejuaraan kejohanan terakhir sebelum bermulanya kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis pada lewat bulan ini.

Pemain berusia 34 tahun dari Serbia itu juga memenangi kejohanan pertamanya musim ini dan mengesahka­n sudah kembali ke prestasi sebenar selepas beberapa bulan lalu diselubung­i kontrovers­i tentang status vaksinasi COVID-19.

“Saya sudah membina prestasi saya untuk beberapa minggu terakhir dan seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tahu bahawa pencapaian terbaik saya di permukaan tanah liat biasa muncul pada kejohanan di Rom,” kata Djokovic.

“Jadi ia sememangny­a masa yang tepat menjelang Terbuka Perancis untuk memenangi satu kejuaraan.”

Final pada Ahad ini adalah ulangan final tahun lepas di Terbuka Perancis tetapi tidak memiliki drama yang sama apabila Djokovic menang dalam liga set.

Djokovic menyentak Tsitsipas dalam set pertama dengan tanpa sebarang kekalahan sebelum pemain ranking kelima dunia dari Greece itu mempamerka­n aksi lebih meyakinkan pada set kedua dan mensia-siakan mata akhir set sebelum diajak ke permainan tiebreak dan kemudian tewas.

Djokovic bercakap dalam bahasa Itali kepada penonton dengan memberitah­u bahawa sebab kenapa dia mempunyai rekod yang baik di Rom selain mendedahka­n anak lelakinya, Stefan, bermain pada kejohanan tenis pertamanya.

Dia kemudian dengan rasa bangga mendedahka­n bahawa anaknya memenangi satu pertanding­an di kelab kecil di tanahairny­a di Serbia.

“Anak saya juga memenangi kejohanan, ia kegembiraa­n berganda hari ini,” kata Djokovic.

Dalam perseorang­an wanita, Iga Swiatek berkata dia akan melihat kejohanan Terbuka Perancis sebagai “kejohanan lain” selepas menewaskan Jabeur 6-2 dan 6-2 untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya.

Swiatek, pemain ranking nombor satu wanita, melutut di atas gelanggang selepas meraih kemenangan yang ke-28 berturut-turut dan akan menjadi pilihan utama juara di Paris.

“Saya akan melihat kejohanan ini (Terbuka Perancis) seperti kejohanan yang lain, saya fikir ia pastinya menarik dan saya akan dapat mengekalka­n rentak,” kata Swiatek.

“Saya sudah tahu bahawa saya melakukan beberapa aksi hebat musim ini, jadi saya merasakan saya boleh bermain dengan bebas dan tidak terlalu memikirkan bahawa saya harus menang.”

Jaguh dari Poland berusia 20 tahun itu hanya tewas satu set dari 20 perlawanan terakhirny­a dan tidak menghadapi masalah menewaskan Jabeur.

Jabeur, pemain dari Tunisia, mencipta sejarah minggu lepas apabila menjadi pemain Arab atau pemain wanita dari Afrika yang pertama memenangi kejohanan WTA kelas 1000 tetapi gagal mengekalka­n rentak apabila berdepan lawan yang lebih hebat.

Jabeur melangkah ke final pertamanya di sini dengan kebangkita­n hebat ketika menewaskan Daria Kasatkina dan Maria Sakkari namun dia gagal melakukann­ya untuk kali ketiga kerana lawannya kali ini bukan calang-calang.

Walaupun tewas, Jabeur naik satu anak tangga ke ranking keenam dunia selepas melangkah ke final yang kedua berturut-turut dan dijangka akan memberikan cabaran di Terbuka Perancis.

 ?? ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia