Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe ‘hampir’ buat keputusan berkaitan status beliau di PSG

-

PARIS: Kylian Mbappe berkata dia ‘hampir’ membuat keputusan tentang sama ada terus kekal di Paris Saint Germain (PSG) atau berpindah ke Real Madrid.

“Ya, ia hampir,” kata Mbappe apabila ditanya tentang sama ada dia sudah membuat pilihan selepas menerima anugerah pemain terbaik untuk musim ketiga berturut-turut di Paris pada Ahad.

Penantian untuk melihat sama ada penyerang berusia 23 tahun itu akan berpindah ke Madrid atau terus kekal di PSG dalam usaha untuk membantu kelab dari Paris memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara yang pertama adalah “semakin berakhir”, tambahnya.

Dia merancang untuk ‘mengumumka­n’ keputusann­ya sebelum perlawanan antarabang­sa Perancis menentang Denmark dalam kejohanan Liga Negara UEFA pada 3 Jun depan.

Enggan mengulas lanjut walaupun mempunyai peluang pada majlis penyampaia­n anugerah, dia berterima kasih kepada “PSG, yang membolehka­nnya berada di sini, rakan-rakan dan jurulatih.”

Dia menambah: “Cerita saya akan berterusan, saya mahu terus menang, saya tidak berpuas hati dan ia adalah sesuatu yang baik.”

Turut hadir pada majlis tersebut ialah kapten PSG, Marquinhos, yang hanya mengulas tentang isu mengekalka­n penyokong PSG dan Real Madrid terjaga pada waktu malam. “Saya berharap pada musim hadapan, dia akan memenangi trofi ini sekali lagi.”

Minggu lepas, sebuah akhbar Perancis melaporkan bahawa pemenang pingat Piala Dunia bersama Perancis itu secara prinsipnya bersetuju untuk terus kekal di PSG untuk tiga tahun lagi.

Namun semua itu dinafikan dengan cepat oleh ibu Mbappe.

Mbappe tidak menyimpan rahsia untuk bermain bersama Real Madrid pada suatu hari nanti, dengan Real Madrid akan bermain di final Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada musim ini.

Tetapi PSG, yang memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis untuk kali ke-10 namun membangkit­kan kemarahan penyokong fanatik kerana tewas kepada Real Madrid di pusingan kedua Liga Juara-Juara, bergelut untuk mengekalka­n aset utama mereka itu.

 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia