Utusan Borneo (Sabah)

PSG mampu bangkit daripada kegagalan: Pochettino

-

DOHA: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino berkata pada Ahad bahawa pasukannya boleh membina semula daripada kegagalan terbaharu Liga Juara-Juara tetapi mengakui bahawa kejuaraan Ligue 1 Perancis yang ke-10 adalah tidak memadai.

Berikutan dengan spekulasi di mana pemilik kelab akan mencari jurulatih baharu, Pochettino bercakap semasa kunjungan ringkas ke Doha di mana dia mungkin akan bertemu dengan presiden kelab, Nasser AlKhelaifi.

Dia memberitah­u satu sidang media bahawa kelabnya harus belajar dari kekalahan di pusingan kedua kepada Real Madrid, yang menjaringk­an tiga gol pada 30 minit terakhir untuk menyingkir­kan PSG.

“Ia sentiasa sasaran bagi sebuah kelab seperti Paris Saint Germain untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata jurulatih dari Argentina itu.

“Apa yang paling penting ialah untuk cuba membina sesuatu,” tambah bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Southampto­n dalam Liga Perdana Inggeris.

“Apa yang paling penting ialah belajar dari pengalaman. Kelab bola sepak ini membina untuk menang.”

Pochettino mengesahka­n dakwaannya bahawa PSG adalah “lebih bagus” berbanding Real Madrid, yang akan bertemu Liverpool di final musim ini.

Dia menegaskan bahawa pasukannya, dengan Neymar, Lionel Messi mempunyai “alat” untuk bersaing sekali lagi.

“Saya fikir pemain mempunyai mentaliti untuk bermula sekali lagi dan membina untuk kembali bersaing.” Kekalahan kepada Real mengembali­kan spekulasi tentang Pochettino, yang dianggap calon untuk jawatan pengurus di Manchester United sebelum pelantikan Erik ten Hag.

Walaupun kejuaraan liga yang ke-10 tidak mengurangk­an perdebatan tentang pemecatan Pochettino.

“Ia sukar dalam sebuah kelab seperti PSG kerana sasaran mereka sangat tinggi dan apabila anda memenangi liga, kadang-kadang ia tidak mencukupi.

“Sudah tentu bagi kami ia tidak mencukupi kerana kami juga mahu memenangi setiap pertanding­an yang kami sertai.” —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia