Utusan Borneo (Sabah)

PERTAMA tonjol penglibata­n wartawan wanita dalam HAWANA 2022

-

PETALING JAYA: Penyertaan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) pada penganjura­n Hari Wartawan Nasional 2022 (HAWANA) 29 Mei ini bukan saja bagi menyokong bidang kewartawan­an tanah air, bahkan menjadikan­nya sebagai platform terbaik mengetenga­hkan wartawan wanita yang menjadi tulang belakang merakam sejarah dan peristiwa penting negara.

HAWANA 2022 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Melaka selepas kali pertama ia diadakan pada 2018 bagi mengiktira­f peranan golongan wartawan dan pengamal media Malaysia.

Presiden PERTAMA Sariha Mohd Ali berkata persatuan itu akan memanfaatk­an sepenuhnya perhimpuna­n terbesar golongan wartawan dan pengamal media tanah air kerana ia akan melibatkan penyertaan rakan setugas dari negara serantau dan koresponde­n asing di negara ini.

“Ini peluang terbaik menjadikan PERTAMA lebih dikenali bukan saja dalam kalangan pengamal media tempatan, tetapi juga di luar negara memandangk­an HAWANA 2022 juga disertai wartawan dari negara jiran termasuk Indonesia.

“Kami mahu mengintai peluang untuk bekerjasam­a dengan persatuan wartawan dari luar negara dalam usaha memantapka­n lagi pembabitan wartawan wanita dengan membina rangkaian pada peringkat antarabang­sa,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) PERTAMA di sini pada Sabtu.

HAWANA 2022 dianjurkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan sokongan daripada Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Bersempena sambutan HAWANA, ISWAMI Malaysia mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia untuk menghadiri programpro­gram yang dirancang.

Sariha berkata PERTAMA juga akan berusaha menarik lebih ramai wartawan wanita muda di negara ini menyertai persatuan itu sebagai platform bagi mengukuhka­n jaringan petugas media pelbagai organisasi, sekali gus menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata pelbagai program dirancang bagi menggerakk­an semula PERTAMA selepas dua tahun sepi akibat kekangan pandemik COVID-19.

“PERTAMA konsisten memberi pelbagai bantuan kepada rakan media wanita yang mengalami masalah termasuk membabitka­n kematian ahli keluarga, kemasukan ke hospital dan sumbangan haji serta pelbagai manfaat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia