Utusan Borneo (Sabah)

Guru OKU gigih hias bilik darjah

-

PASIR MAS: Melangkah masuk ke dalam sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK)To’Uban,disini,perasaan pasti terpegun melihat susun atur serta tatarias kelas tersebut yang memberi satu keadaan lebih selesa dan kondusif semasa sesi pembelajar­an.

Keterujaan itu pasti bertambah apabila mengetahui inisiatif tersebut dilakukan Abdullah Abd Kadir, 28, guru Orang Kurang Upaya (OKU) yang hanya memiliki tangan kiri.

Bercakap kepada Bernama, Abdullah yang mengajar subjek Pendidikan Islam berkata biarpun perlu melakukan semua kerja menghiasi kelas secara bersendiri­an, beliau tidak kisah kerana usaha tersebut memberi impak positif dalam pembelajar­an khususnya kelas semakin selesa dan menarik.

“Semua kerja seperti menghias papan kenyataan, jadual tugasan, carta organisasi, jadual waktu, jahit langsir, meletakkan alas meja termasuk kerja-kerja mengecat semuanya saya buat sendiri.

“Walaupun hanya memiliki satu tangan, jiwa dan hati saya sangat cekal untuk melakukann­ya kerana tahu setiap kesukaran dan kepayahan pasti ada ganjaran dan serta hikmahnya,” kata anak jati Pasir Mas itu ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Abdullah yang mula mengajar di SK To’ Uban sejak Ogos 2018 berkata beliau sudah mengeluark­an perbelanja­an kira-kira RM1,000 untuk menghias kelas tersebut dan amat tersentuh apabila anak muridnya memberi reaksi positif terhadap usahanya itu.

“Saya hias bilik darjah itu dalam tempoh cuti sekolah awal tahun ini, apabila murid-murid datang memulakan sesi persekolah­an pada Mac lepas, mereka terkejut malah ada yang cakap ‘rasa seperti berada di rumah’ selepas transforma­si terhadap kelas tersebut.

“Mereka juga dilihat semakin seronok datang ke sekolah malah nampak lebih bersemanga­t,” kata alumni Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor itu.

Seperkara yang menarik, Abdullah turut berkongsi semua alat bantu mengajar yang dihasilkan menerusi laman Facebookny­a dan diberikan secara percuma kepada guruguru lain.

“Perkongsia­n itu tidak terhad kepada guru-guru di sekolah ini, ada juga daripada sekolah lain yang meminta idea atau mahu alat bantu mengajar yang saya hasilkan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan fizikalnya, Abdullah berkata beliau kehilangan tangan kanan akibat kemalangan selepas kereta dipandunya terjatuh dalam gaung di Bentong, Pahang pada Mac 2018, hanya selepas enam bulan berkhidmat di SK Bangsar.

 ?? — Gambar Bernama ?? IMPAK POSITIF: Abdullah menunjukka­n jadual kehadiran murid yang dihasilkan­nya ketika ditemui di SK Tok Uban di Pasir Mas, semalam.
— Gambar Bernama IMPAK POSITIF: Abdullah menunjukka­n jadual kehadiran murid yang dihasilkan­nya ketika ditemui di SK Tok Uban di Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia