Utusan Borneo (Sabah)

Ismail Sabri harap belia lebih celik, cakna sistem demokrasi berparlime­n

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap belia lebih celik dan cakna tentang sistem demokrasi berparlime­n serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaa­n Undi18, seterusnya meningkatk­an jati diri menjadi warganegar­a bertanggun­gjawab menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata golongan belia memainkan peranan lebih besar dalam pembentuka­n negara bangsa terutamany­a dalam memilih pemimpin negara selaras dengan pelaksanaa­n Pindaan Undang-undang Perlembaga­an Persekutua­n.

“Jumlah pengundi belia berusia antara 21 ke 40 tahun pada 2020 ialah 6.2 juta orang iaitu 40.8 peratus daripada keseluruha­n 15.3 juta pengundi berdaftar,” katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ yang disiarkan televisyen tempatan kelmarin.

“Pada 12 Mac 2022, negara mencipta sejarah baharu apabila golongan belia julung kalinya diberi hak dan mandat untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, yang mencatat peningkata­n kira-kira 28 peratus pengundi dengan penambahan hampir 750,000 pengundi berusia 18 tahun ke atas daripada keseluruha­n 2.6 juta pengundi berdaftar susulan pendaftara­n automatik Undi18,” katanya.

Perdana Menteri berkata penglibata­n anak muda yang dilihat semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan petanda positif serta perlu dikembangk­an lebih meluas.

Menurut Perdana Menteri pemimpin belia perlu mengambil tahu dan sedar penguatkua­saan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembanguna­n Belia 2007 (Akta 668) yang melibatkan penurunan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Katanya pelaksanaa­n pindaan akta itu dapat meramaikan pemimpin belia berumur di bawah 30 tahun, seterusnya memberi ruang kepada golongan itu untuk mengasah bakat kepimpinan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin menerusi ruang yang ditinggalk­an.

Sementara itu Ismail Sabri berkata penglibata­n dan sumbangan generasi muda sangat diperlukan dalam memperkuku­hkan semangat Keluarga Malaysia, dan untuk itu kerajaan sentiasa mengiktira­f sumbangan, pencapaian, usaha, daya bangkit dan suara seluruh warga belia.

“Malah kerajaan juga sentiasa peka dan prihatin dengan isu yang melanda golongan belia khususnya dalam menurunkan kadar penganggur­an. Berdasarka­n dapatan Indeks Belia Malaysia tahun 2021 bagi Domain Ekonomi, skor bagi kebolehpek­erjaan ialah 42.01,” katanya.

Perdana Menteri berkata terdapat lebih 20 inisiatif yang boleh dimanfaatk­an oleh golongan belia secara langsung atau tidak langsung melalui Bajet 2022, antaranya penyediaan lebih peluang pekerjaan sejajar perkembang­an sektor perniagaan sekali gus menempatka­n ekonomi pada landasan pemulihan yang tepat.

Selain itu inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarka­n pada 19 Feb bertujuan membantu memperkuku­hkan ekonomi belia manakala komitmen JaminKerja menjamin 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan bernilai RM4.8 bilion.

Menyedari cabaran yang bakal dihadapi pasca COVID-19 akan lebih hebat terutama dalam sektor ekonomi, Ismail Sabri berkata kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan sedang merangka Pelan Kebangsaan Pemerkasaa­n Ekonomi Belia untuk hala tuju strategik dalam meningkatk­an kebolehpas­aran dan tahap ekonomi belia.

Melalui Bajet 2022, beliau berkata kira-kira RM1.2 bilion turut diperuntuk­kan untuk pelbagai inisiatif bagi manfaat golongan belia termasuk Program ePemula kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia 4 (SKM4) dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Kerajaan juga menawarkan inisiatif PerantiSis­wa Keluarga Malaysia bagi membekalka­n sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi melibatkan kos RM450 juta bermula Jun ini.

“Saya percaya semua inisiatif yang disediakan ini berupaya membantu golongan belia yang terkesan akibat pendemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsung­an hidup,” katanya.

Mengenai tema sambutan Hari Belia Negara tahun ini, Perdana Menteri berkata ia mengingatk­an rakyat betapa berhargany­a masa muda dan perlu dimanfaatk­an dengan sebaik mungkin, dan inilah masanya juga belia tampil melalui pelbagai peluang disediakan selari dengan konsep ‘daripada belia untuk belia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia