Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji raikan pengamal media Sabah sempena Aidilfitri

Tanda penghargaa­n atas peranan penting tugas media

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pengamal media di negeri ini diraikan sempena majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama media dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini semalam.

Majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu dihadiri oleh kira-kira 200 petugas media.

Pengarah Media dan Komunikasi JKM Datin Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, selain meraikan Hari Raya Aidilfitri, majlis itu juga sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media dalam membuat liputan program-program dan aktiviti anjuran kerajaan negeri terutama sekali yang melibatkan Ketua Menteri.

Katanya, liputan meluas media, sama ada media cetak, elektronik atau portal, berkaitan usaha berterusan kerajaan untuk membawa pembanguna­n di negeri Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) amat besar maknanya, terutama dalam aspek membolehka­n rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian SMJ.

Menurutnya, sejurus Hajiji memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, beliau bersetuju penjenamaa­n Pejabat Akhbar dan Penerbitan JKM kepada Pejabat Media dan Komunikasi selaras dengan tuntutan keperluan semasa agar pejabat itu lebih berpandang­an ke hadapan.

“Pejabat Media dan Komunikasi JKM menjadi ‘focal point’ dalam memastikan segala laporan berkaitan kerajaan negeri dan Ketua Menteri dihebahkan bukan sahaja cepat tetapi tepat.

“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan persefaham­an yang wujud antara pengamal media dan Pejabat Media dan Komunikasi JKM selama ini dan saya berharap ia akan beterusan.

“Sebagai pemudah cara kepada pengamal dan organisasi media dalam memberi liputan dan publisiti kepada kerajaan negeri terutama sekali Ketua Menteri, pejabat saya sentiasa dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan-rakan media untuk kebaikan kita bersama,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar; dan Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Jimmy Goh.

 ?? ?? KENANGAN: Wakil wartawan Utusan Borneo dan The Borneo Post bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (berdiri, empat kanan) dan Ketua Penyunting The Borneo Post Chiu Nai Wen (berdiri, empat kiri) bergambar bersama Hajiji (duduk, tiga kanan).
KENANGAN: Wakil wartawan Utusan Borneo dan The Borneo Post bersama Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (berdiri, empat kanan) dan Ketua Penyunting The Borneo Post Chiu Nai Wen (berdiri, empat kiri) bergambar bersama Hajiji (duduk, tiga kanan).
 ?? ?? ALBUM: Hajiji dan jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media yang menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Media.
ALBUM: Hajiji dan jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media yang menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia