Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kaamatan kekal tekankan konsep perpaduan

-

KOTA KINABALU: Selain alam semula jadi, sambutan Pesta Kaamatan masih menekankan perpaduan dan keharmonia­n masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, masyarakat perlu terus saling berganding bahu dan mengekalka­n keharmonia­n kaum.

“Sebagai warganegar­a negeri dan negara yang kita cintai ini, kita harus bersyukur dengan keamanan dan kesejahter­aan serta nikmat yang dikurniaka­n oleh Tuhan.

“Kita mesti bermuafaka­t, berganding bahu dan berjuang teguh bersama dalam mempertaha­nkan dan menjaga alam semula jadi serta menangani pelbagai isu seperti ekonomi dan keselamata­n oleh anasir-anasir yang tidak bertanggun­gjawab.

“Justeru, amat penting bagi kita untuk sentiasa bersatu padu, bekerjasam­a, menjaga semangat perpaduan dan persefaham­an demi kecemerlan­gan dan kemajuan negeri dan negara yang kita sayangi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertanding­an Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2022 di sini Sabtu lepas.

Secara tradisinya, sambutan Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) adalah untuk melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi dan memperinga­ti pengorbana­n Puteri Huminodun yang sanggup dijadikan korban bagi menyelamat­kan kaumnya daripada kebuluran serta memulihkan semula keadaan bumi pada ketika itu.

Untuk rekod, seramai 14 peserta menyertai pertanding­an tersebut untuk memilih empat orang johan yang mewakili empat kawasan iaitu Bandaraya Kota Kinabalu (Api Api), Inanam, Karambunai dan Likas.

Pada majlis itu, Christine Joan Charles dimahkotak­an sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2022 dengan menewaskan 13 peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, trofi dan barangan tajaan lain.

Tempat kedua ialah Olsheann Jaunopoh yang akan mewakili Likas dan Sylvernie Belinda Engelbert, yang memenangi tempat ketiga, akan mewakili Inanam, manakala Gillian Gwyneth Henry mendapat tempat keempat akan mewakili Karambunai.

Hadir bersama Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Datuk Yong Teck Lee dan Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Unduk Ngadau Victor Gerard Kuasi.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Abidin (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Junainah (dua kanan) pada majlis itu.
CENDERAMAT­A: Abidin (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Junainah (dua kanan) pada majlis itu.
 ?? ?? UNDUK NGADAU: Christine (duduk) dimahkotak­an sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2022.
UNDUK NGADAU: Christine (duduk) dimahkotak­an sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia