Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan komited laksanakan tugas sepanjang pandemik COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Walaupun berdepan risiko sepanjang penularan wabak COVID-19 di negara ini, golongan wartawan komited melaksanak­an tugas dalam melaporkan maklumat yang sahih kepada masyarakat.

Pengerusi Persatuan Pemberita Tawau (PPT) Tan Chin Cheng berkata, kerjaya wartawan sangat mencabar kerana perlu bertugas dalam pelbagai keadaan dan situasi.

Katanya, penularan wabak COVID-19 memberikan cabaran yang getir buat semua wartawan yang ditugaskan untuk membuat laporan setiap hari.

“Wartawan perlu mengharung­i pelbagai cabaran dan risiko sepanjang pandemik berlaku kerana kadang kala perlu keluar ke lokasi yang berisiko.

“Selain itu, wartawan juga perlu arif memanfaatk­an semua teknologi yang ada supaya kekerapan turun ke lokasi dapat diminimumk­an bagi mengurangk­an risiko jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis angkat sumpah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PPT kali ke-13 dan sambutan Hari Raya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, majlis yang dianjurkan itu adalah yang pertama dilaksanak­an sejak lebih dua tahun tidak diadakan susulan pandemik COVID-19.

“Kita bersyukur kerana majlis secara bersemuka boleh dilakukan semula dan dapat berkumpul mengeratka­n silaturahi­m antara semua ahli PPT.

“Saya berharap keadaan ini berterusan dan tidak lagi berlaku penularan wabak secara besar-besaran di negara ini sehingga terpaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an semula,” katanya.

Tan yang baharu dilantik menjadi pengerusi PPT berharap agar ahli dan masyarakat di daerah ini dapat memberikan sokongan kepada semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) yang dilantik.

“Saya akan cuba sedaya upaya meneruskan visi dan misi mantan Pengerusi PPT Hiew Chee Hing supaya persatuan ini terus relevan di daerah ini.

“Kita sangat mengutamak­an kebajikan semua ahli dan keluarga mereka, di samping dapat memberi manfaat

kepada masyarakat Tawau,” katanya.

Terdahulu, PPT yang diwujudkan sejak 1997 yang dipengerus­ikan oleh Hiew Chee Hing dan mempunyai seramai 28 ahli dalam kalangan wartawan dan bekas wartawan di daerah ini.

 ?? ?? SERAH TERIMA: Tan (kiri) semasa menandatan­gani surat serah tugas sebagai pengerusi PPT daripada Hiew.
SERAH TERIMA: Tan (kiri) semasa menandatan­gani surat serah tugas sebagai pengerusi PPT daripada Hiew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia