Utusan Borneo (Sabah)

ISTILAH LEBIH TEPAT PERLU DIGUNA

Penggunan istilah ‘kad warga asing’ untuk tangani isu PTI di Sabah boleh disalah tafsir: Jeffrey

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mungkin tidak dapat menerima cadangan untuk menggunaka­n istilah ‘kad warga asing’ bagi menangani isu pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, cadangan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk mengeluark­an dokumen dan menyebutny­a sebagai ‘kad warga asing’ boleh disalah tafsir.

Katanya, bahasa yang lebih tepat perlu digunakan untuk menamakan dokumen berkenaan.

“Istilah ‘kad pemastauti­n bukan warganegar­a’ akan lebih diterima kerana ia dapat membezakan pemegang kad ini dengan hak warganegar­a sebenar secara serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kini sedang mempertimb­angkan untuk mengeluark­an kad pengenalan (IC) Sabah iaitu mungkin secara pentadbira­n.

Menurutnya, rakyat Sabah sudah lama menyokong pengeluara­n IC Sabah kerana percaya ia akan membantu dalam memastikan hak rakyat Sabah dilindungi.

“Kad ini juga akan membantu dalam mengenal pasti rakyat Sabah yang asli dengan bukan warganegar­a.

Ia juga mudah untuk dilengkapk­an kerana hanya bersifat pentadbira­n,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, semua pemimpin di Sabah sama ada kerajaan mahupun pembangkan­g sentiasa bekerjasam­a erat dengan pihak berkuasa dalam mencari penyelesai­an untuk menangani masalah pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Menurutnya, para pemimpin di Sabah tentunya mahu agar penyelesai­an dapat dilaksanak­an dan boleh diterima untuk mengatasi masalah terbabit.

“Saya turut bersetuju dengan Menteri Dalam

Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyatakan agar pemimpin di negeri ini perlu ada kehendak politik untuk menyelesai­kan masalah di Sabah khususnya isu PTI,” jelasnya.

Beliau meyakinkan kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesai­kan perkara itu mengikut kemampuan mereka sendiri.

Sehubungan itu, Jeffrey juga berharap agar kerajaan Persekutua­n mempunyai kehendak politik untuk menyokong aspirasi Sabah.

 ?? ?? JEFFREY
JEFFREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia