Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan Perlembaga­an UMNO elak perpecahan dalam parti

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Pindaan Fasal 10.16 Perlembaga­an UMNO memberi ruang kepada kepimpinan pusat, bahagian dan cawangan supaya fokus gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, berkata pindaan itu bagi memastikan parti ini terus terpelihar­a.

“Ia juga dapat memberi fokus kepada parti untuk menghadapi PRU15 yang akan diadakan pada bilabila masa.

“Kita tidak mahu wujud puak-puak dalam pemilihan di peringkat pusat, bahagian dan cawangan yang akan mencacatka­n gerak kerja PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Libaran di Dewan PPR Muhibbah Batu 12, di sini kelmarin.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Libaran berkata menjadi satu kebimbanga­n sekiranya perkara itu berlaku jika pemilihan UMNO dilakukan sebelum PRU15.

Katanya, kelulusan pindaan perlembaga­an melanjutka­n pemilihan parti pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) Khas di Kuala Lumpur lepas turut disokong Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob

“Pemilihan UMNO akan dilaksanak­an selepas enam bulan PRU15, pemimpin serta ahli-ahli

UMNO tidak lagi bimbang sebaliknya memberi fokus gerak kerja PRU,” katanya.

Beliau berkata agenda kestabilan dan memperkasa­kan perpaduan dalam UMNO akan terus utuh tanpa wujudnya perpecahan.

“Apa maknanya agenda kestabilan dan perkasakan perpaduan yang ditawarkan kepada rakyat tetapi kita berpecah dengan wujudnya puakpuak, di mana akhirnya merugikan UMNO sendiri.

“Pindaan perlembaga­an ini membawa erti besar kepada kita dalam mengembali­kan maruah perjuangan dan mempersiag­akan perjuangan parti untuk masa depan,” katanya.

 ?? ?? RAMAH MESRA: Suhaimi beramah mesra dengan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, Datuk Seri Salleh Said, ADUN Sungai Sibuga Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan para pemimpin UMNO.
RAMAH MESRA: Suhaimi beramah mesra dengan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, Datuk Seri Salleh Said, ADUN Sungai Sibuga Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan para pemimpin UMNO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia