Utusan Borneo (Sabah)

Guru KAFA terima Anugerah Mutiara Al-Quran

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TAWAU: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Kampung Melati Burut di sini Siti Hatijah Marsuki menerima Anugerah Mutiara Al-Quran pada majlis Program Bicara Bonda sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di sini semalam.

Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN) Datin Seri Panglima Juliah

Salag menyampaik­an anugerah itu kepada Siti Hatijah selepas merasmikan program berkenaan.

Siti Hatijah, 50, anak sulung daripada enam beradik dari Kampung Merotai Kecil dekat sini pernah mewakili negeri Sabah sebanyak 11 kali sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Terdahulu, Juliah merakamkan tahniah kepada penerima Anugerah Mutiara Al-Quran dan berharap akan terus memberikan sumbangan dalam bidang keilmuan dan al-Quran di negeri ini.

“Saya berharap

Program Bicara Bonda ini dapat menjadi wadah untuk menyemarak­kan budaya keilmuan dan meningkatk­an minat masyarakat terhadap aktiviti penghayata­n nilai Islam sesuai dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

“Semoga semua ilmu yang kita peroleh sepanjang Program Bicara Bonda ini boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tidak berpeluang menyertai majlis ini,” katanya.

Beliau turut berharap majlis seumpama itu dapat menjadi landasan untuk mengeratka­n nilai ukhuwah dan silaturahi­m dalam kalangan umat Islam.

Menurutnya, dua nilai berkenaan menjadi asas terpenting perpaduan dan kekuatan ummah seperti mana yang diajarkan oleh kitab suci al-Quran.

Program berkenaan adalah edisi kedua yang dianjurkan oleh MUTIARA GRS-BN dengan kerjasama Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dan beberapa agensi yang lain.

 ?? ?? ANUGERAH: Juliah (empat kiri) menyampaik­an Anugerah Mutiara Al-Quran kepada Siti Hatijah (tengah). Turut kelihatan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk mohd Arifin Mohd Arif (empat kanan).
ANUGERAH: Juliah (empat kiri) menyampaik­an Anugerah Mutiara Al-Quran kepada Siti Hatijah (tengah). Turut kelihatan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk mohd Arifin Mohd Arif (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia