Utusan Borneo (Sabah)

MAFI sasar laksanakan SMART SBB di 150,000 hektar kawasan padi negara

-

BUTTERWORT­H: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarka­n untuk melaksanak­an program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di kawasan padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingk­at.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program SMART SBB adalah inisiatif kerajaan melalui MAFIuntukm­embangunka­n kawasan penanaman padi dengan mengoptimu­mkan penggunaan tanah dan meningkatk­an kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluara­n hasil padi.

“SMART SBB ini diperkenal­kan untuk merealisas­ikan Dasar Agromakana­n Negara (DAN 2.0) 2021-2030 sebagai usaha kerajaan menjamin sekuriti makanan melalui transforma­si sistem makanan negara.

“Program ini bermatlama­t meningkatk­an produktivi­ti hasil pengeluara­n padi dan pendapatan pesawah dengan sasaran jumlah kawasan sawah padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingk­at,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Ronald merasmikan Majlis Perasmian Program SMART SBB dan menyaksika­n sesi menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara kerajaan dan syarikat peneraju Pulau Pinang.

Beliau berkata program SMART SBB terbukti berhasil meningkatk­an pendapatan dan purata hasil padi sehektar selain mengurangk­an kebergantu­ngan kepada orang tengah.

“Sejak diperkenal­kan pada 23 Feb 2021, program SMART SBB telah berjaya dilaksanak­an di sembilan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penglibata­n sebanyak 19 buah syarikat peneraju.

“Saya yakin kolaborasi strategik antara MAFI bersama Koperasi dan SyarikatSy­arikat Peneraju akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan di Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, sehingga Mac tahun ini, sebanyak 4,123 orang peserta telah menyertai program SMART SBB dengan jumlah keluasan lebih 10,000 hektar.

Sementara itu, Ronald berkata pihaknya sedang menguruska­n isu gandum selepas tindakan India menyekat eksport gandum ke negara.

Katanya, Malaysia tidak menanam gandum tapi mempunyai kapasiti untuk menanam jagung dan tanaman lain bagi keperluan alternatif.

“Kita sedang uruskan masalah ini...kita mempunyai pengimport beras, pengimport gandum dan prouk keperluan lain, tentu mereka akan cari sumber alternatif lain,” katanya.

Baru-baru ini, India dilapor mengenakan larangan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik yang menjejaska­n hasil tanaman dan harga bekalan tempatan mencecah rekod tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia