Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan Perlembaga­an UMNO ‘serampang dua mata’ kukuh parti, menang PRU: Pemerhati politik

-

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembaga­an UMNO bagi membolehka­n pemilihan parti diadakan enam bulan selepas setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan oleh beberapa pemerhati politik sebagai strategi ‘serampang dua mata’ dalam memperkuku­hkan parti seterusnya bersatu hati menuju PRU.

Mereka senada menyimpulk­an bahawa ia juga dijangka memberi kelebihan kepada kepimpinan dan ahli parti untuk terus bekerjasam­a kuat sekali gus mencapai kestabilan politik seperti yang dilaungkan pada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini iaitu di Melaka dan Johor.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata UMNO perlu memanfaatk­an tempoh pemilihan ditangguhk­an itu untuk menguatkan saf mereka bagi berhadapan cabaran daripada parti politik lain dalam PRU akan datang.

“Kalau UMNO lemah, di situ ruang yang akan diambil parti lawan untuk memanipula­si kelemahan UMNO. Berdasarka­n sejarah dan perkembang­an sebelum ini, parti-parti lain menantikan UMNO itu lemah kerana apabila UMNO lemah, baru mereka boleh mengambil ruang dan peluang untuk menguasai politik Malaysia.

“Selagi UMNO kuat dan stabil, parti-parti politik lain agak sukar untuk mengatasi UMNO kerana UMNO sebuah parti berpengala­man, ada cawangan dan ahli yang paling ramai. Justeru kestabilan UMNO ini sangat penting untuk PRU nanti,” katanya kepada Bernama.

Mohd Izani berkata individu penting dalam UMNO iaitu Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalanny­a Datuk Seri Mohamad Hasan serta ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu dijadikan sumber inspirasi untuk menguatkan parti.

Menurutnya UMNO juga masih perlu bekerja keras kerana kemenangan pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini bukanlah penentu kepada landskap politik negara namun boleh dijadikan motivasi untuk mewujudkan persepsi bahawa parti itu diterima rakyat.

Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpandang­an Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai sebarang isu yang tidak munasabah untuk tidak meluluskan pindaan perlembaga­an itu.

Beliau berkata berdasarka­n pemerhatia­n, UMNO dilihat mengikut peraturan yang sepatutnya termasuk melakukan perhimpuna­n agung khas pada Ahad yang dihadiri 2,586 daripada 2,666 keseluruha­n perwakilan, serta mencapai konsensus untuk melakukan pindaan.

“ROS perlu membuat pertimbang­an sebaiknya mengikut lunas undang-undang yang diperuntuk­kan dalam Akta Pertubuhan, sama ada tempoh masa untuk meminda perlembaga­an parti itu boleh dilakukan atau tidak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia