Utusan Borneo (Sabah)

Solidariti penerbit, penjual buku penting, pastikan industri buku kekal relevan

-

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu: Penerbit akan terus membantu mereka yang terlibat dalam industri buku bagi memastikan industri ini kekal relevan dalam era digital masa kini.

Presiden Persatuan Penerbit Antarabang­sa Emiriah Arab Bersatu (UAE) Bodour Al Qasimi berkata bagi memastikan budaya membaca terus berkembang, kerjasama antara pihak berkepenti­ngan dalam industri buku adalah satu daripada komponen paling penting.

“Mesej saya adalah anda tidak bersendiri­an, kami selaku penerbit akan memastikan kita akan mencapai matlamat bersama-sama, daripada penjual buku, pengarang, perpustaka­an dan sekolah, kerjasama dan solidariti adalah komponen penting untuk terus memupuk budaya membaca,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada pembukaan Persidanga­n Penjual Buku Antarabang­sa dunia pertama di sini semalam.

Al Qasimi juga menegaskan sejak pandemik COVID-19 melanda, industri buku menjadi lebih mencabar kerana terdapat perubahan peralihan dalam kehidupan pembaca yang beralih kepada digital.

“Mengekalka­n budaya membaca kreatif bukanlah tugas yang mudah bagi pihak berkepenti­ngan sejak dahulu lagi, kita belajar cara yang sukar, tetapi saya pasti, secara bersendiri­an kita boleh pergi cepat tetapi sekiranya bersama-sama kita boleh pergi lebih jauh,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pihak Berkuasa Buku Sharjah (SBA) Ahmed Al Amri dalam ucapan alu-aluannya berkata penjual buku memainkan peranan yang penting dalam rantaian bekalan industri penerbitan.

“Kami di sini untuk meraikan sumbangan berharga yang mereka lakukan. Selepas keluar daripada sekatan pandemik, kita saling mencari sokongan dan idea untuk membawa perniagaan kita ke hadapan dan berkembang maju dalam dunia yang semakin digital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia