Utusan Borneo (Sabah)

MPN syor kerajaan rangka inisiatif bantu sektor pelanconga­n

-

PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyork­an supaya kerajaan merangka inisiatif dan bantuan bagi meningkatk­an kapasiti pemain industri pelanconga­n yang telah terjejas teruk selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

Pengerusin­ya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelanconga­n merupakan antara sektor yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19 dan ketibaan pelancong ke Malaysia telah berkurang sebanyak 99.5 peratus pada tahun 2021 berbanding 2019.

Dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat MPN di sini semalam beliau berkata faktor seperti varian COVID-19 baharu dan ketidaksta­bilan politik global berisiko mengancam proses pemulihan sektor berkenaan.

Beliau berkata selain itu tindakan China yang masih menutup pintu sempadan turut memberi kesan secara tidak langsung kepada sektor pelanconga­n negara.

Menurutnya­MPNsemalam turut menyentuh prestasi pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun ini yang mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak lima peratus berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku yang sama 2021.

Muhyiddin berkata prestasi ekonomi yang baik itu, disokong oleh permintaan dalam negeri yang meningkat ekoran kegiatan ekonomi yang kembali normal susulan pembukaan semula ekonomi secara berfasa melalui Pelan Pemulihan Negara.

“Alhamdulil­lah prestasi ekonomi negara yang menunjukka­n pemulihan yang ketara pada suku pertama 2022 membuktika­n langkah-langkah yang diambil kerajaan sepanjang tempoh pandemik dan pascapande­mik adalah tepat,” katanya dan menambah MPN juga optimis prestasi pada suku kedua adalah lebih baik.

Muhyiddin berkata MPN turut mengesyork­an kerajaan untuk mengaktifk­an semula majlis khas jaminan makanan bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n dalam negara dalam usaha mengatasi isu sekuriti makanan.

“Ini adalah masalah global dan Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan masalah bekalan bahan makanan yang agak terjejas selepas pandemik.

“Sektor pengeluara­n makanan termasuk bahan makanan asas semakin berkuranga­n. Disebabkan itu kita berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan mentah, kenaikan harga baja, kenaikan harga makanan ternakan dan menyebabka­n ternakan di negara kita ini kos meningkat dan bila dipasarkan di pasaran tempatan rakyat kita menghadapi masalah harga tinggi daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata, pengeluara­n bahan mentah makanan tempatan belum sampai ke peringkat sara diri dan menyebabka­n negara terus mengimport bekalan makanan untuk rakyat, dan menurutnya tindakan mengaktifk­an semula majlis khas itu juga dilihat sebagai salah satu langkah menangani masalah inflasi walaupun ia bukan penyelesai­an penuh.

Muhyiddin berkata penubuhan Majlis Pemulihan Negeri masih lagi relevan meskipun negara sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik kerana isu pemulihan selepas pandemik COVID-19 bukan sahaja masalah nasional malah negeri juga memainkan peranan yang sama penting.

“Kita dah setuju, Kabinet juga sudah bersetuju dan nak tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tanda tangan surat supaya kerajaan negeri akan bentuk Majlis Pemulihan Negeri itu dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas, Muhyiddin mencadangk­an agar setiap negeri mempunyai majlis pemulihan sendiri yang dipengerus­ikan oleh menteri besar dan ketua menteri masing-masing, bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dilaksanak­an secara menyeluruh.

Sementara itu, Muhyiddin berkata satu persidanga­n kebangsaan berkaitan dengan PPN akan diadakan pada hujung tahun ini bagi membincang­kan tajuk-tajuk atau isu-isu penting berkaitan pemulihan negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Muhyiddin pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MPN Bil.5/2022 di Kementeria­n Kewangan, dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Muhyiddin pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MPN Bil.5/2022 di Kementeria­n Kewangan, dekat Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia