Utusan Borneo (Sabah)

K-KOMM jalankan program penerangan perbetul stigma masyarakat mengenai ketum

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menjalanka­n program penerangan bagi membetulka­n stigma masyarakat terhadap tanaman ketum dan hem apabila prosedur penanamann­ya dimuktamad­kan.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata pihaknya akan mendidik masyarakat tentang penggunaan tanaman itu yang antaranya memberi manfaat dari segi perubatan dan kesihatan.

“Kita tanam bukan untuk suka-suka tetapi untuk tujuan perubatan,” katanya selepas merasmikan program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak - The

Malaysia Book of Records sempena Hari Telekomuni­kasi dan Masyarakat Berinforma­si Sedunia 2022 di sini, semalam.

Pada 24 April lepas, Zahidi dilaporkan berkata kabinet memberi kebenaran supaya perbincang­an dilakukan pihaknya yang mewakili Parlimen Padang Besar, dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung kebenaran penanaman tanaman ketum dan hem untuk tujuan perubatan.

Perbincang­an itu masih belum dijalankan.

Terdahulu ketika merasmikan program berkenaan, Zahidi berkata kerajaan ketika ini dalam usaha mencapai sasaran penanaman 100 juta pokok Gutta Percha di seluruh negara, yang kini terdapat 37 juta pokok spesies itu ditanam.

“Program ini juga antara usaha menangkis dakwaan berlaku penebangan pokok tidak terancang hingga menjejaska­n ekosistem. Melalui program ini, kita tanam semula pokok,” katanya.

Program yang diinspiras­ikan daripada kempen Penghijaua­n Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita anjuran Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli itu, diadakan bagi memelihara kepelbagai­an biologi negara dengan memilih spesies pokok Gutta Percha kerana status warisannya yang penting di Malaysia.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Zahidi menanam pokok Gutta Percha pada Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak oleh Yayasan TM di Taman Botani Putrajaya, dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Zahidi menanam pokok Gutta Percha pada Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak oleh Yayasan TM di Taman Botani Putrajaya, dekat Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia