Utusan Borneo (Sabah)

Swiatek mengunggul­i kejohanan kelima berturut-turut di Rom, melangkah ke Terbuka Perancis

-

PARIS: Iga Swiatek, yang memenangi kejohanan kelima berturut-turut di Rom pada Ahad, akan melangkah ke Terbuka Perancis sebagai pilihan utama selepas mengunci tempatnya sebagai nombor satu dunia kelmarin.

Atlet Polang berusia 20 tahun itu, yang memenangi gelaran di Roland Garros pada 2020, berkelebih­an lebih 2,000 mata di hadapan juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova dalam ranking baharu WTA.

Juara Terbuka Madrid Tunisia, Ons Jabeur, yang tewas kepada Swiatek dalam final Terbuka Itali, naik ke tempat keenam, pencapaian tertinggi kariernya.

Coco Gauff jatuh tiga tempat ke tempat ke18 manakala bekas nombor satu, Simona Halep kembali ke kedudukan 20 teratas pada 19.

Berikut merupakan ranking 20 teratas WTA setakat 16 Mei (pemain yang mewakili Rusia dan Belarus dilarang daripada bersaing di bawah nama atau bendera Rusia atau Belarus sehingga notis selanjutny­a):

1. Iga Swiatek (POL) 7,061 mata 2. Barbora Krejcikova (CZE) 4,911 3. Paula Badosa (ESP) 4,770 4. Maria Sakkari (GRE) 4,726 5. Anett Kontaveit (EST) 4,446 6. Ons Jabeur (TUN) 4,380 (+1) 7. Aryna Sabalenka 3,966 (+1) 8. Karolina Pliskova (CZE) 3,568 (-2) 9. Danielle Collins (USA) 3,315 10. Garbine Muguruza (ESP) 3,031 11. Jessica Pegula (USA) 2,955 12. Emma Raducanu (GBR) 2,910 13. Jelena Ostapenko (LAT) 2,536 14. Belinda Bencic (SUI) 2,525 15. Victoria Azarenka 2,440 (+1) 16. Elena Rybakina (KAZ) 2,420 (+1) 17. Leylah Fernandez (CAN) 2,250 (+1) 18. Coco Gauff (USA) 2,165 (-3) 19. Simona Halep (ROM) 2,126 (+2) 20. Daria Kasatkina (RUS) 2,115 (+3) chc/kn/bsp © Agence France-Presse

 ?? ?? SWIATEK
SWIATEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia